Sara Amelia (kanan) |
Salah seorang
peserta ratu cantik, Sara Amelia Benard
mempertikaikan satu fatwa yang telah menyebabkan beliau digugurkan dari
menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 oleh pihak penganjur.
Sara mendakwa
fatwa pada tahun 1996 itu sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan pada zaman
ini... beliau juga sedih dan kecewa
kerana pada tahun 2013 ini bangsa terbesar di negara ini (melayu) dilarang
menyertai pertandingan ratu cantik Malaysia.
Beliau juga
cuba membandingkan keputusan fatwa di negara ini dengan kemenangan pertama
seorang gadis Muslim di Amerika dalam pertandingan Miss World USA pada tahun
2010 dan menegaskan bahawa kelonggaran yang sama juga di UK beberapa tahun
lalu...
Dalam keadaan
Sara Amelia sedih dan terkeliru dengan
hukum Allah yang nampaknya beliau tidak fahami lantaran kehidupan beliau yang
agak modern dan bebas itu, maka beberapa rakan FB beliau yang bukan Islam
mengambil kesempatan ini dengan mengesyorkan Sara Amelia supaya meninggalkan
agama Islam..
Lagi saranan itu;
Perkara-perkara
ini melibatkan akidah..
kita tak boleh
memandang remeh perkara yang sebegini..
Sara dan 3
orang gadis yang kecewa di gugurkan itu mungkin akan dirapati oleh pihak agama
lain supaya meninggalkan Islam demi mencapai cita-cita menjadi ratu cantik
Malaysia...
Kalau mereka
tu kuat akidahnya kita tidaklah begitu bimbang apabila ada pihak lain datang
menghasut..
Tapi kalau dah
sanggup sertai pertandingan ratu cantik yang mendedahkan tubuh badan sana sini
di hadapan orang ramai,dah tentulah kita boleh agak tahap mana agamanya mereka
semua tu..
lebih-lebih
lagi dalam keadaan fikiran mereka yang lemah pada saat-saat seperti ini...
Individu-individu
yang memegang jawatan besar dalam dalam bidang agama Islam di negara ini
perlulah mengambil tindakan menjelaskan secara baik kenapa beliau tidak boleh
menyertai pertandingan ratu cantik ini yang banyak memaparkan aurat seorang
wanita yang sangat-sangat di larang dalam Islam..
Penjelasan
harus dilakukan dengan teliti sehingga Sara Amelia ini faham sepenuhnya akan
hukum Islam..
Menurut Sara
lagi, Datin Anna Lim, penganjur pertandingan tersebut yang kini sedang berusaha
keras supaya beliau dapat disenaraikan kembali ke pertandingan Miss Malaysia
ini sudah pun cuba mengaturkan pertemuan dengan Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi
bagi meminta penjelasan di manakah bahagian dalam Al Quran yang menyatakan
berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik..
Namun menurut
Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai
pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..
Jika benarlah
bagai apa yang dinyatakan oleh Sara tersebut, maka bagi aku Datuk Wan Zahidi
telah gagal tanggungjawab beliau sebagi Mufti dalam menjelaskan ayat-ayat dan
hukum-hukum Allah apabila ada insan yang mahukan penjelasan..
Jangan apabila
mereka berempat ini murtad kerana tidak memahami Islam demi cita-cita mereka, waktu
tu baru kita nak menyesal..
Buat Sara, ini
ada petikan ayat Al Quran dari Surah An Nur ayat ke 31..
"Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Bagi aku, mereka
membantah kerana mereka tidak memahami Islam dan mungkin kehidupan mereka
terlalu jauh syariat islam..
jadi
tanggungjawab kitalah menerangkan kepada mereka...
bukan
membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa penjelasan..
Dan pihak
agama juga haruslah adil dalam mengeluarkan hukum dan fatwa..
sepertimana
yang dipertikaikan oleh 4 orang peserta ini..
"bagaimana
dengan sukan gimnastik yang melibatkan peserta melayu Islam yang mendedahkan
aurat..?"
seperti di
dalam gambar ini..
Kalau kita
bersikap adil dalam semua hal dan perkara nescaya orang tidak akan salah faham
terhadap Islam..
tapi bila
hukum dikeluarkan mengikut sesedap rasa..
yang itu
boleh.. yang ini tak boleh, maka yang tak faham Islam akan semakin keliru...
No comments:
Post a Comment