Friday, August 23, 2013

SUDAH HANGAT! Bila Dr Mahathir Sindir Pak Lah Pula




Pada pandangan aku yang kerdil ini, ada baiknya kedua mantan PM ini tidak membuka mulut lagi... biarkanlah legasi yang baru buat kerja yang bercita2 untuk rakyat berpendapatan tinggi pada tahun 2020, bukan lama lagi pon, kurang 7 tahun dari sekarang. Masa tu Income paling koman pun rm4000 setiap orang. Tempoh sama di Singapura income paling sengkek pon maunya rm20000.

Tak payahlah nak buka pekung orang, nanti orang buka pekung kita pulak!. Kan elok tengok jika hari ini Che Det jadi Imam, Pak Lah jadi makmumnya. Esok, Paklah pulak jadi Imam, Che Det sama Anwar Ibrahim pulak ikut Pak Lah, kan molek gitu. Ingatan buat aku juga, bila mati nanti, soalan kubur yang akan ditanya nanti nombor wahid, adalah bab sembahyang. Jangan dilupa pula pada hukum alam, bila umur dah semakin lanjut dan nyanyuk, kita akan jadi bebudak balik!. Udah-udah la tu.   

Inilah kesannya apabila Pak Lah keluarkan buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia’ bagi menjawab kutukan Che Det bila dah pencen. Baca sini.

Ku sangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan ditengahari!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.

"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya.

Lawat berita penuh di sini.


No comments:

Post a Comment