Didalam hubungan intim suami/isteri kekadang pasangan suka mencuba sesuatu
yang ada kelainan, baru tak bosan katanya. Tetapi dalam aktiviti itu ada
batasnya. Walaupun tiada batas waktu jika hendak melepaskan hajat. Sebagaimana
firman Allah SWT:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah
kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang
baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah
sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar
gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman”. (Surah Al-Baqara Ayat: 223)
“Your women are a tilth for you
(to cultivate) so go to your tilth as ye will, and send (good deeds) before you
for your souls, and fear Allah, and know that ye will (one day) meet Him. Give
glad tidings to believers, (O Muhammad)”. (223)
Hukum Meliwat Isteri atau memasukkan zakar ke dubur isteri adalah haram.
Banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menyatakan hukum meliwat isteri ini.
Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan
zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.” (Riwayat An-Nasai)
“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri, duduk atau meniarap (suami
menindih perempuan yang meniarap dilantai) selagi tempat masuk zakar adalah
faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam Islam, yang diharamkan bersetubuh dengan isteri hanya 3 sebab, iaitu;
(1) Melalui Duburnya, (2) Isteri dalam keadaan Haid, (3) Isteri dalam keadaan
Nifas (lepas kelahiran) dan selain dari 3 perkara itu, hukumnya halal.
Apakah dosa itu terampun? Lihat pencerahan dari UAI;
No comments:
Post a Comment