Friday, August 9, 2013

PANAS! Lagi kes Tembak Yang Menjadi-Jadi


Posting terdahulu ada dimuatkan Malaysia kini telah menjadi negara ala-ala cowboy. Seolah tiada undang-undang, atau mungkinkah Mahkamah sudah tidak boleh diharap lagi?. Realitinya nyawa manusia kini semakin murah, daripada orang politik, bissnesman hinggalah ke penoreh getah tidak terlepas dari mimpi ngeri ini.

Malaysia dikejutkan lagi dengan kes tembak di pagi 1 Syawal; 8 Ogos 2013.

Kes 1;

GEORGE TOWN - Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Gan Kong Meng berkata, mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu. Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.

Gan berkata, mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya. - Bernama


Kes 2;

IPOH - Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang. Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama




No comments:

Post a Comment