Saturday, August 24, 2013

Kes Altantuya: Warga internet luah marah di ruang siber




Altantuya dikatakan menjadi kekasih penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, tetapi, kemudian memburunya dan meminta komisen yang tinggi, kononnya atas bantuan membantu dalam urusan pembelian dua kapal selam untuk Malaysia.

Razak kemudian mengupah penyiasat upahan P Balasubramaniam untuk memerhatikan wanita itu ketika dia datang ke Malaysia.

Apabila Altantuya muncul di luar rumah Razak pada 18 Oktober 2006, polis menahannya dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup.

Netizen Justice Pao memberi komen:”Sungguh memalukan! Altantuya tidak dibunuh, jadi mesti dia menjerut dan menembak dirinya di belakang kepala menggunakan alat khas, kemudian guna C4 untuk meletupkan dirinya!”

Seornag lagi netizen, Longjaafar dalam postingnya berkata:”Satu ketika dulu, seseorang kata Anwar Ibrahim menumbuk mukanya sendiri. Sama seperti ini, Altantuya bom dirinya.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga terkait dalam kontroversiti itu.

Satu tweet berkata,”Keputusan berunsur politik untuk melindungi Najib, Rosmah? Bekas pengawal peribadi bebas daripada pembunuhan Altantuya”.

Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, yang mereka gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini.


Bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan?

Ini adalah dua soalan yang kerap ditanya di ruang siber apabila pengguna internet (netizen) memberi ulasan yang meluap-luap terhadap pembebasan dua anggota polis berkenaan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, ada pelbagai kemungkinan yang tiada berpenghujung mengenai apa yang berlaku kepada kes Altantuya, yang meletakkan Malaysia di peta dunia atas sebab yang salah.

Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?

Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang netizen, Isana berkata:”Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities’ hanya berlaku dalam 1Malaysia.”

Satu lagi, Rayfire mengulas,”Ya, `Endless possibilities’ untuk menipu, membunuh dah bebas! Keadilah mesti dan akan ditunjukkan oleh Yang Berkuasa.”

Sebahagian yang lain tertanya-tanya sama ada masyarakat akan dapat mengenali bagaimana rupa Azilah dan Sirul.

“Muka mereka ditutup dari hari pertama, setiap kali mereka dibawa masuk dan keluar mahkamah,” kata Mr M.

“Bagaimana mereka berdua dibenarkan menutup muka mereka sejak hari pertama? Adakah itu supaya apabila mereka dibebaskan, tidak ada sesiapa yang tahu siapa mereka dan bagaimana rupa mereka? Jika mereka tidak dibebaskan sekali pun, tidak ada siapa akan tahu sama ada mereka benar-benar digantung sebab tiada yang tahu rupa mereka! *teori konspirasi*”.

Sebahagian yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap sistem keadilan yang memutuskan pembebasan itu walaupun ada yang kata, itu memang dijangkakan berlaku.

Netizen Angel mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sengaja tidak memanggil DSP Musa memberi keterangan di mahkamah.

“Peguam negara tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan kes itu. Dia sengaja tidak memanggil Musa Safri, pegawai khas Najib. Dia akan mengikut arahan Najib,” kata Angel dalam ulasannya.

Pihak pendakwa tidak memanggil Musa, perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, bahawa `saksi material tidak dipanggil beri keterangan, termasuk Musa’.
- themalaysianinsider


Mahkamah Rayuan telah membebaskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Mohd Zaki dalam keputusannya gagal memberi pendapat terhadap beberapa faktor penting sebelum mensabitkan kedua-dua perayu.

Panel Mahkamah terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun.

Ini alasan mereka;

The panel concluded that the trial judge had erred by not examining whether the contradictions and inconsistencies in the evidence of the prosecution witnesses were material.

In regards to the explosives, they ruled that after linking the explosives to the death of Altantuya, the trial judge should have made a further finding to connect the explosives to the appellants.

"Thus with this, we acquit and discharge the two appellants," said Justice Tengku Maimun.

Terjemahannya :

Panel membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dengan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah material.

Dalam hal bahan letupan, mereka memutuskan bahawa selepas mengaitkan bahan letupan kepada kematian Altantuya, hakim perbicaraan sepatutnya perlu membuat  pencarian seterusnya untuk mengaitkan bahan letupan kepada perayu.

"Oleh itu, dengan ini, kita membebaskan dan keluarkan kedua-dua perayu," kata Hakim Tengku Maimun.

Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.


INFO

Hakim Mahkamah Rayuan

- Datuk Seri Mohamed Apandi Ali
- Datuk Linton Albert
- Datuk Tengku Maimun Tuan Mat

Hakim Mahkamah Tinggi

- Datuk Mohd Zaki Md Yasin

Pendakwa Raya

- Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah

Peguam Bela Azilah

- Hazman Ahmad
- J Kuldeep Kumar

Peguam Bela Sirul

- Kamarul Hisham Kamaruddin
- Hasnal Rezua Merican
- Mohd Ruzaini Zulkifli

Peguam Pemerhati
(Keluarga Altantuya)

- Karpal Singh


PERTUDUHAN: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar
Didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.


No comments:

Post a Comment