Terdapat 124,000
Nabi. Dalam kepercayaan Islam, 25 yang wajib diketahui. Namun dari
seluruh Nabi dan Rasul tersebut semuanya berasal dari geografi yang sama, iaitu
di Jazirah Arab.
Mungkin ada yang
bertanya kenapa Nabi dan Rasul yang dipilih oleh Allah adalah Orang dari
Jazirah Arab semuanya?. Kenapa Allah
tidak memilih Nabi dan Rasul dari tempat lain, Asia, Eropah atau Afrika misalnya?
Allah
berfirman yang bermaksud;
“Dan sesungguhnya telah Kami utus
beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan
kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu..” (QS.
Al-Mu'min: 78).
Sesungguhnya
Allah itu antaranya bersifat, Al-Hakim (maha bijaksana) juga Al-Khabir (maha
mengetahui segala rahsia). Jangan pula ada lagi yang bertanya dan jangan pula cuba
mencampuri urusan Allah. Allahu Akbar!
Pernah juga
mendengar ada yang mengatakan, dunia akan kiamat, jika puak Arab bersatu. Satu
bangsa yang berkepala batu, hati kering. Mana mungkin seorang bapa sanggup
menanam anak perempuan mereka hidup-hidup seperti berlaku di zaman jahiliah
dulu?. Maka sebab itulah Allah memilih para Nabi dan Rasul dari berketurunan
Arab?. Allahu a’lam.
Barat menepuk
tangan bila puak arab yang bertelagah berbunuhan sesama sendiri. Siri
pembunuhan ini tidak akan berhenti sehinggalah kebangkitan hari kiamat. Sejak
lahir lagi anak kecil sudah biasa mendengar dentuman peluru hidup dan
pengeboman yang mungkin meragut nyawa datuk, ibu, ayah atau abang kakaknya.
Apabila meningkat remaja, mereka ini pula akan meneruskan siri membalas dendam.
‘The Revenge’. Aku agak ginilah lebih kurang...
“AKU bersumpah, akan menuntut bela atas
kematian mereka dan tiap titik darah yang tumpah di bumi ini, walaupun nyawaku
sebagai galang gantinya!. Patah sayap ku tongkat paruh... namun daki, akan ku
daki JUA!”....
Apapun Bush
Jr. kini seronok menghabiskan waktu persaraannya dengan santai berkelah dan memancing.
Gembira melihat jalan yang dirintisnya membuat onar di bumi Iraq diteruskan
oleh puak arab itu sendiri. Syiah bunuh Sunni, Sunni bunuh Kurdish, Kurdis
bunuh Syiah, Sunni bunuh pula puak Syiah... jadi, sampai bilakah akan bertemu
noktahnya? Sehinggalah bumi Iraq hanya tinggal pokok kurma dan padang pasir
saja! Wallahu a’lam.
Kronologi Pembunuhan Bersiri di Iraq
Sejak dari 19
Mac 2013 hingga kini, siri serangan itu telahpun meragut 462 nyawa dan
telah mencederakan beribu orang.
2013/08/12
4
terbunuh, 300 cedera letupan bom di Iraq
Baghdad:
Sekurang-kurangnya 64 terbunuh di Iraq, manakala
lebih 300 lagi cedera dalam siri letupan bom kereta di kafe dan pasar di
Baghdad, selain kejadian tembak menembak di beberapa kawasan lain di negara
itu. Serangan ini adalah insiden terbaru keganasan yang gagal ditangani pihak
berkuasa dan pertumpahan darah terburuk dalam tempoh lima tahun sekali gus
meningkatkan kebimbangan kemungkinan konflik puak Sunnah dan Syiah berulang
kembali.
2013/08/08
17
terkorban keganasan terbaru di Iraq
TIKRIT (Iraq):
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam
kejadian tembak menembak dan letupan bom di ibu negara Iraq hari ini, kata
pegawai tempatan. Serangan itu adalah yang terbaru dalam gelombang keganasan di
bulan Ramadan, dengan lebih 800 orang terkorban di seluruh negara bulan ini.
2013/07/30
Rakyat
4 negara bermandi darah
Baghdad: Bom
kereta yang menyasarkan kawasan majoriti Syiah di Iraq membunuh
sekurang-kurangnya 48 orang semalam, kata
pegawai keselamatan dan perubatan, menjadikan angka korban sepanjang Julai
kepada lebih 780.
2013/07/26
17
terbunuh serangan bom di Iraq
BAQUBA: Dua
srangan bom berdekatan kedai dan kafe di Iraq, semalam tadi mengorbankan
sekurang-kurangnya 17 orang.
2013/07/27
Tempat
lepak kena bom
Awal bulan
ini, sembilan maut dan 35 lagi cedera selepas sebuah kafe dibom manakala satu
lagi serangan di Mosul, utara Iraq, menyebabkan enam terbunuh dan 21 cedera. Serangan
terburuk berlaku di Kirkuk apabila penyerang bunuh diri meletupkan bom di
sebuah kafe penuh sesak dengan pengunjung menyebabkan 41
maut dan 35 cedera.
2013/07/23
41
maut dua penjara diserang
Baghdad:
Militan Iraq menyerbu dua penjara, termasuk Abu Ghraib, mencetuskan pertempuran
yang mengorbankan 41 orang dan menyebabkan
sekurang-kurangnya 500 banduan lolos, kata pegawai. Serangan serentak ke atas
penjara Taji, di utara Baghdad dan Abu Ghraib, di barat ibu negara itu,
dilancarkan malam kelmarin dan berlanjutan kira-kira 10 jam.
2013/07/22
65
maut 12 letupan bom kereta di Iraq
Baghdad:
Sekurang-kurangnya 65 penduduk di Baghdad
terbunuh malam kelmarin selepas satu siri letupan bom di wilayah itu, kata
pihak berkuasa ketika Iraq bertungkus-lumus mengurangkan keganasan sejak 2008,
menyaksikan lebih 520 kematian bulan ini. “Sebanyak 12 butir bom kereta dan
sebutir bom tepi jalan meletup di kota Baghdad, manakala bom lain meletup di
Madain di selatan ibu negara,” kata seorang kolonel polis dan seorang pegawai
perubatan.
Letupan turut
mencederakan 190 penduduk lain.
2013/06/25
31
maut serangan bom kereta di Iraq
BAGHDAD: Siri
serangan terbaru tercetus di Iraq termasuk bom kereta di Baghdad menyebabkan 31 orang terbunuh, semalam. Sekurang-kurangnya 10
kenderaan yang membawa bahan letupan diletupkan di lapan tempat kediaman
penduduk di sekitar ibu negara Iraq.
2013/05/30
Letupan
bom ragut 28 nyawa di Iraq
BAGHDAD:
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dalam
serangan terbaru di Iraq hari ini, kata pegawai, menunjukkan kerajaan gagal
membendung gelombang keganasan.
2013/05/18
58
maut serangan bom di masjid Baqouba, Baghdad
BAGHDAD:
Sekurang-kurangnya 58 maut dalam satu letupan
bom di kawasan penduduk Sunni di Baghdad dan kawasan sekitarnya ketika jemaah
keluar menunaikan solat Jumaat dari sebuah masjid di pinggir Baghdad, awal hari
ini.
2013/05/18
Puluhan
maut masjid dibom
Sementara itu
di Baquba, Iraq, dua letupan bom di luar sebuah masjid Sunnah mengorbankan
sekurang-kurangnya 43 orang dalam satu serangan
paling buruk di negara itu dalam tempoh sebulan.
2013/04/15
6
maut, 74 cedera letupan bom kereta di Iraq
BAGHDAD:
Sekurang-kurangnya lima bom kereta diletupkan awal pagi tadi di selatan Iraq
dan di bandar utara Baghdad, mengorbankan 6 orang
manakala 74 lagi cedera. Tiga bom kereta meledak selang beberapa minit di pekan
Tuz Khurmatu, di utara ibu negara menyebabkan enam maut dan 60 cedera.
2013/03/20
52
maut menjelang sambutan ke-10 Perang Iraq
BAGHDAD:
Sekurang-kurangnya 52 maut dalam siri serangan
di Iraq semalam ketika beberapa menteri melancarkan boikot berikutan kelewatan
pilihan raya wilayah serta menjelang sambutan ke-10 Perang Iraq yang diketuai
Amerika Syarikat (AS). Lebih 20 letupan dan beberapa siri serangan senjata api
yang meletus menyebabkan lebih 170 orang cedera. Ia dianggap insiden berdarah
terbesar sejak enam bulan lalu.
2013/03/19
6
maut dalam serangan bom di Iraq
BAGHDAD:
Serangan ke atas Baghdad, termasuk bom kereta yang diletupkan oleh pengebom
berani mati meragut 6 nyawa, beberapa hari
menjelang ulang tahun ke-10 pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat di
Iraq. Dalam serangan dasyat itu, bom kereta meletup berhampiran pusat
pemeriksaan polis di Baladruz, kira-kira 75 kilometer timur laut Baghdad,
membunuh 5 orang dan mencederakan 20 yang lain,
kata pegawai keselamatan dan perubatan. Dalam serangan berasingan di bandar
utara Kirkuk dan Madain, selatan Baghdad, seorang terbunuh manakala lima cedera.
No comments:
Post a Comment