Saturday, August 24, 2013

Cara Warden Penjara Seludup Dadah Terbongkar


Bahan bukti

Kajang: Taktik seorang warden penjara menyeludup masuk dadah ke tempat kerjanya dengan menyumbat bahan terlarang itu ke dalam dubur seorang banduan gagal apabila perbuatannya itu dikesan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ab Rashid Ab Wahab berkata, kakitangan terbabit yang berusia 34 tahun dan baru setahun empat bulan bertugas di penjara itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Rabu lalu.

Menurutnya, lelaki itu ditahan berhampiran sebuah pasar raya di Saujana Impian, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi, hasil maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah dilakukannya.

“Siasatan mendapati lelaki ini mengedar dadah kepada banduan dengan menyumbatnya ke dalam dubur banduan yang bersubahat dalam kegiatan ini.

“Suspek kemudian mengaku mendapat dadah daripada pembekal dengan menerima upah sebanyak RM800 untuk sekali penghantaran dan sudah lima kali berbuat demikian,” katanya.

Katanya, polis masih menyiasat pembabitan individu yang menjadi pembekal dadah dan banduan yang bersubahat dalam kegiatan pengedaran ini.

“Kita juga menyiasat bagaimana banduan memperoleh wang untuk membeli dadah berkenaan, namun dipercayai mereka mendapat wang daripada rakan atau keluarga yang datang melawat.

“Suspek direman enam hari sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketika tangkapan turut ditemui dua balutan plastik dadah anggaran berat 104.8 gram bernilai lebih RM4,000 dalam poket seluar,” katanya.


@Komen nama abadi;
Jika mengikut kes, Warden akan dipertuduhkan di bawah ADB 39B. (melebihi 15gram) Iaitu hukuman yang tiada pilihan lagi, iaitu hukuman mati mandatori. Faktanya, amat malang ada Ibubapa yang akan kehilangan anak, isteri akan menjadi janda dan anak-anak menjadi anak yatim. 

Untuk itu pesanan buat diri ini dan saudara sekelian. Ingatlah, sebelum buat sesuatu ada baiknya berfikir dulu 1000 kali akan risikonya. Jangan dipilih jalan yang penuh berduri, kelak binasa diri.

Sebagai info, Lihat senarai di bawah hukuman berkaitan dadah.



JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.





No comments:

Post a Comment