TERLUPA
batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat
hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya
hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.
Disebabkan
limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga
beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan
berkereta mewah hingga ke ranjang.
Wartawan Metro
Ahad berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri
pengalaman dan luahan rasa mereka.
AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak
ketiga dari lima beradik:
“Hidup saya
mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas
berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar,
Kedah.
Ketika itu
saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali
ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan
pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara
kepadanya.
Saya masih
ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga
api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk
saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang. Saya masih
mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa
dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia beritahu semua bilik
sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.
Pada malam itu
jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur. Bermula
hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa
kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.
Saiful anak
orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu,
kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti
masuk kocek. Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima
adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah
tubuh saya.
Setahun
selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan
pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa
bapanya. Saya yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula
kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan. Hubungan saya dan
Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan
kerana cinta.
Azlan juga
seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai gadis ketika itu membuatkan
saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan persembahan jelajah
negeri. Saya berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula
memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak bagi
lelaki biasa dan tidak berduit.
Ibu dan ayah
tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi teguran dan nasihat
supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu. Pada usia remaja, saya tidak
perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon saja lelaki yang saya kenal,
mereka akan memberi saya wang dengan hanya perlu melayan nafsu dan tuntutan
batin mereka saja.
Pada suatu
hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan yang mendakwa
video seks mirip wajah saya tersebar di internet. Saya tidak tahu siapa yang
menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan beberapa lelaki dan akhirnya saya
mengambil keputusan menetap bersama kakak sulung saya yang tinggal bersama
teman lelakinya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.
Ibarat lari
dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak dengan saya sama
saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu dan kakak yang bekerja
di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan rakannya kepada saya, malah ramai
juga yang sudah ‘cuba’ saya.
Dua bulan
kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi masa lapang
pada waktu siang. Dengan wang gaji, saya membeli sebuah kereta supaya nampak mewah
bagi mengaburi mata lelaki. Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang
akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya. Kadang kala, terbit juga
penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh
kehidupan saya.
Ada rakan yang
saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya,
membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa. Kakak kedua saya sering menghubungi
saya dan kakak dengan menasihatkan kami supaya pulang ke pangkal jalan tetapi
semua itu saya balas dengan gelak tawa.
Kini, saya
tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada dalam keadaan
tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami yang sudah jauh
tersesat ini.”
LILY (bukan nama sebenar), 29
tahun dan anak sulung dari lima beradik:
“Kehidupan
saya dan Aiza tidak banyak bezanya tetapi saya jadi begini kerana seorang
lelaki. Saya akui bahawa saya lebih pandai bersosial daripada Aiza kerana semua
lelaki saya sapu. Minuman keras pula sentiasa di tangan, pendek kata mahu
sarapan pun dengan air kencing syaitan itu.
Saya pernah
belajar di sebuah universiti tempatan di pinggir Kuala Lumpur selepas tamat
tingkatan enam tetapi diberhentikan pada semester ketiga selepas pelajaran saya
merosot. Semua itu terjadi selepas kejutan budaya yang dialami menyebabkan saya
berhibur setiap malam bersama rakan.
Saya tidak
mahu pulang ke kampung kerana kehidupan di kota lebih seronok, malah saya
langsung tidak menjenguk keluarga dan hanya menelefon mereka sebulan sekali.
Saya
berkenalan dengan Rizal yang berusia 26 tahun ketika itu, bekerja sebagai
penjual kereta. Kehidupan saya mewah kerana dia juga membela saya ketika baru
berusia 21 tahun di rumah yang saya tinggal sekarang di Cheras.
Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih. Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya. Pada hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang.
Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih. Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya. Pada hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang.
Dua tahun
kemudian, kira-kira tiga bulan sebelum Rizal berkahwin, kami ditangkap basah.
Saya pulang ke Pulau Pinang pada malam itu juga bersama Rizal selepas diikat
jamin.
Ayah dan ibu
hanya diam membisu, malah bersetuju saja dengan keputusan kami yang mahu segera
berkahwin. Rizal pula berdepan dengan masalah apabila keluarga tunangnya minta
ikatan diputuskan. Sebulan kemudian kami berkahwin tanpa restu keluarga Rizal.
Mungkin
perkahwinan yang tidak diberkati, kami bercerai enam bulan kemudian. Dengan gelaran
janda pada usia 24 tahun, saya kembali liar dan berpeleseran di kelab malam. Kegiatan
saya lebih rancak selepas Aiza tinggal di rumah saya, malah bekas suami juga
sering berkunjung ke rumah bagi menghilangkan rindu sedangkan saya sendiri
sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Rizal tetap
membayar sewa rumah dan memberi wang perbelanjaan menyebabkan saya sendiri tidak
kisah dengan perbuatan itu. Namun, tidak pernah pula Rizal mencuba Aiza serta
menyayangi Aiza seperti adiknya malah dia sering membawa kami pergi bercuti.
Dengan hidup
yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung ke rumah saya
kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah Alam. Setiap hujung
minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti
kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih
cenderung secara ringan-ringan.
Saya terfikir,
adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan apakah ibu bapa masih
mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan kami? Saya dan Aiza tidak
berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan pulang hanya pada Aidilfitri.
Selepas
memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di
kampung.”
SHILA (bukan nama sebenar), 24 tahun dan
keempat daripada lima beradik:
“Antara lima
beradik, saya paling bijak dalam pelajaran malah tidak pernah mengabaikannya.
Begitu juga ketika menuntut di universiti, saya hanya bersosial setiap hujung
minggu dan turut menerima wang tambahan dari kedua kakak saya bagi membeli
keperluan belajar.
Ketika pertama
kali pergi ke rumah kakak keempat saya itu, agak terkejut apabila terdapat tiga
lelaki ada dalam rumahnya termasuk bekas abang ipar yang sedang berbaring di
bilik tidurnya. Saya bertanya kepada Lily, tetapi dia hanya tersenyum dan
mendakwa itu adalah perkara biasa jika menetap di Kuala Lumpur. Pada malam itu,
saya dibawa ke sebuah pusat hiburan dan agak kekok dengan suasana baru.
Namun sedikit
pun saya tidak berminat menyentuh minuman beralkohol yang dipesan Lily malah
beberapa lelaki menawarkan RM400 bagi mencuba saya tetapi saya tolak dengan
baik. Tetapi selepas itu, saya semakin seronok apabila diraba rakan Lily dan
Aiza. Akhirnya saya tewas dan terjebak dengan aksi ringan-ringan.
Mereka
membayar saya RM300 sebagai duit poket dan jumlah akan ditambah jika saya ikut
mereka balik ke rumah tetapi saya masih sayangkan dara saya dan tidak mungkin
akan menyerahkannya kepada sesiapa sebelum berkahwin. Namun, bagi saya wang
bukanlah segalanya.
Saya
berkenalan pula dengan Shafiq yang berusia 27 tahun dan dia seorang pemain
gitar di sebuah kelab. Shafiq seorang yang baik, jauh sekali meminta tubuh saya
dan saya senang ketika bersamanya. Saya tidak pasti berapa lama hubungan kami
dapat bertahan kerana saya mula mengharapkan Shafiq dapat membawa saya keluar
dari keseronokan hidup ini. Hiburan yang kami nikmati saban malam, kadang kala
membosankan. Kini saya mula rasa bersalah kepada keluarga.
Pernah saya
menangis apabila teringat wajah ibu yang menyediakan sarapan semasa saya hendak
pulang ke kampus dan wajah ayah yang sudah tua dengan topi lusuhnya mengusung
beg ke kereta buruknya.
Ibu hanya suri
rumah, ayah pula seorang pesawah, siapa pula yang mahu menemani mereka di hari
tua. Jika dulu, saya jarang pulang ke kampung kerana terpengaruh dengan rentak
hidup Lily dan Aiza, kini Shafiq akan menemani saya sebulan sekali pulang ke
kampung bagi menjenguk keluarga.
Kini saya
bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai penolong pembantu tadbir. Gaya hidup
saya kini lebih kepada melepak di kedai makan bersama teman tetapi tabiat
merokok saya masih sukar dibuang.
Hubungan saya
dengan Lily dan Aiza tidak pernah renggang, saya juga sering mengikut mereka
bercuti di beberapa pusat peranginan dalam negeri.
Dariblog: mummynemo.com
No comments:
Post a Comment