Monday, August 19, 2013

Bila Suara Tun Mahathir Sudah Tidak Sekuat Dulu




Bagi pemerhati yang celik, pasti dapat membezakan antara skill individu yang berbeza. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Sejak mutakhir ini dilihat banyak juga idea Dr Mahathir sudah tidak relevan diera pemerintahan DS Najib.

Antara yang dapat dihidu, semasa PRU-13 lepas, Dr Mahathir rancak melobi Ibrahim Ali yang telah dipecat dari keahlian UMNO seumur hidup itu, bertanding atas tiket BN di Parlimen Pasir Mas. Tidak dilayan DS Najib. Akhirnya bertanding atas tiket BEBAS, langsung tewas.

Juga membayangkan legasi Tun Abdullah terus dikuburkan, juga tidak diendahkannya. Dilihat ganjil bila Timbalan Ketua mendapat Jawatan, sedangkan Ketua dinafikan sebarang jawatan penting dalam kerajaan. Dalam pembentukan Kabinet yang terbaru, lantas Menantu Pak Lah diletakkan tempat sepatutnya dengan dilantik sebagai Menteri menjaga ehwal sukan.

Dan yang terNow… suara orang pencen bergema lagi…

..Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan supaya Malaysia Airlines (MAS) diswastakan sebagai usaha untuk membangunkan semula syarikat penerbangan berkaitan kerajaan itu dan seterusnya mengatasi kerugian yang dialami ketika ini.
  
MAS sudah lama beroperasi dan sudah macam-macam percubaan dibuat untuk kembali menjana keuntungan, tetapi gagal. Saya percaya penswastaan adalah sesuatu yang positif kerana selagi syarikat itu berkaitan kerajaan, haknya untuk membuat keputusan adalah terhad. Sumber [sini]

Apa kaitannya?

Belajar dari kesilapan lalu, apabila projek pengswastaan secara besar-besaran terdahulu tidak semuanya berjalan lancar, Antaranya KTMB, TNB, Pejabat Pos, JBA, hanya tokey yang kaya-raya sedangkan pekerja ditakuk yang lama..

Najib dengan tegas mengatakan bahawa Kerajaan tidak bercadang menswastakan atau menjual MAS dalam masa terdekat ini – Sumber [sini]
 
Lebih elok jika dibiarkankan saja generasi kita memacu dan menentukan halatuju negara dieranya selagi tidak menuju kehancuran. Zaman sudah berubah.

No comments:

Post a Comment