Kita masih
lagi menanti kenyataan orang #1 megulas kejadian tragedi yang berlaku di Mesir
mutakhir ini. Apakah pendirian Kerajaan Malaysia pada isu sebenarnya. Namun
hanya memberi komen kepada wartawan semasa di London. Seolah memberi amaran
kepada rakyat Malaysia pula.
Kenyataannya
dilihat hanya menguntungkan pihak Barat. Rakyat Malaysia memerlukan seorang
pemimpin yang berani bersuara dan tegas. Jika ini pun tak mampu dilakukan, sila
beri peluang itu kepada orang yang selayaknya.
Perubahan Tidak Jamin Kemakmuran dan Kesejahteraan Rakyat -
Najib
LONDON: Rakyat Malaysia perlu
mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin
dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata
Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak menegaskan kerajaan bimbang dengan laporan keganasan ke atas penunjuk
perasaan di Mesir. Beliau pada masa sama meminta pihak berkuasa di negara itu
supaya melaksanakan sekatan sewajarnya.
"Ini adalah sebagai pengajaran
yang boleh diambil iktibar kepada sesiapa yang diberi kepercayaan, bukan sahaja
proses demokrasi berlaku, tapi apa yang boleh kita lakukan setelah dapat
kepercayaan dari rakyat...kalau kita tuntut perubahan, tapi penyudahnya tidak
seperti yang kita harapkan," katanya.
Najib berkata rakyat di negara ini
perlu sedar bahawa sebarang perubahan terutamanya hasutan untuk berubah oleh
pihak-pihak tertentu tidak semestinya akan membawa perubahan yang memberi
manfaat kepada rakyat.
"Ada perubahan yang membawa
kebaikan, dan mungkin yang akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk,
pengajarannya, rakyat kita jangan terpedaya dengan hasutan seperti 'ubah', 'ini
kali lah', kita tak tahu apa kesudahan sama ada pihak yang kita beri
kepercayaan itu mampu tadbir negara kita lebih baik daripada yang dikecapi
sebelum itu," katanya.
Kenyataan
Perdana Menteri Malaysia.
Hanya melalui
Facebook saja ke?
“Sebarang
korban awam adalah amat dikesali.
“Kami menggesa
semua pihak menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha mencari penyelesaian
secara aman,” katanya.
Kenyataan itu
disiarkan menerusi akaun Facebook beliau kira-kira 11.40 malam ini. Dari persepsi lain lihat di sini.
Ini pula
kenyataan dari Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia;
Konflik Mesir: Anwar bidas sikap membisu Amerika, EU
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri
Anwar Ibrahim membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah
(EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.
Menurut Anwar, kegagalan Amerika dan
EU merujuk konflik di Mesir sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk
tindakan itu, mencerminkan sikap double standard mereka.
Mesir konflikKritikan tajam itu
dilontar dalam satu artikel yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and
the lessons of Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com.
“Dengan berdiam diri apabila tentera
mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat.
“Kegagalan mengutuk rampasan kuasa
memunculkan perbahasan tentang dasar luar barat yang tidak konsisten apabila
melibatkan negara-negara yang ditadbir pihak yang dipilih secara demokratik dan
berorientasi politik Islam,” tulisnya.
Beliau memetik ucapan Perdana Menteri Turki, Recep
Tayyip Erdogan di Istanbul yang mengutuk rampasan kuasa di Mesir sebagai
merosakkan, tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat, negara dan demokrasi.”
Katanya, Erdogan tidak hanya memberi
respon spontan tetapi menjelaskan pengajaran dan sejarah yang diambil Turki
dalam konflik yang berlaku di Mesir. Tambahnya, kebelakangan ini Turki turut
berdepan usaha rampasan kuasa oleh tentera, namun rakyatnya berjuang keras
mempertahankan demokrasi di negara itu.
Anwar turut menggesa barat,
khususnya Amerika Syarikat mengambil tindakan bagi mengembalikan demokrasi dan
hak asasi manusia, serta bukan menyokong rampasan kuasa di Mesir.
“Mereka mesti menuntut pembebasan
serta-merta Presiden Morsi dan penyokongnya. Presiden Morsi perlu dikembalikan
semula ke pejabat yang sah dan beliau pula mesti segera memulakan dialog merangkumi
semua pihak,” tegas Anwar.
Tulisan penuh
Anwar boleh dibaca di sini.
@komen sikit;
Bagai langit
dan bumi!
No comments:
Post a Comment