Thursday, August 22, 2013

Krisis nuklear di tahap terburuk


Krisis nuklear di tahap terburuk Pemandangan dari udara 
menunjukkan pekerja memakai sut perlindungan dan topeng 
untuk menghalang air tercemar daripada bocor dari tangkinya 
di loji Fukushima semalam.


Lebih banyak tangki simpanan air dicemari radiasi loji Fukushima 
dikhuatiri bocor.

TOKYO: Krisis nuklear Jepun berada pada tahap terburuk sejak gempa bumi melumpuhkan loji Fukushima lebih dua tahun lalu, manakala pemerhati melahirkan kebimbangan lebih banyak tangki simpanan air tercemar mengalami kebocoran.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata pihaknya melihat situasi di Fukushima secara ‘serius’ dan bersedia membantu jika diperlukan, manakala China berkata pihaknya terkejut apabila dimaklumkan bahawa kebocoran masih berlaku.

“Kami berharap Jepun akan mengambil semua langkah berkesan untuk menamatkan kesan negatif daripada tragedi yang melanda Fukushima,” kata Kementerian Luar China dalam satu kenyataan.

Ketua Setiausaha kabinet Jepun, Yoshihide Suga menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang amat dikesali, manakala Lembaga Peraturan Nuklear (NRA) berkata bencana terburuk selepas letupan loji nuklear Chernobyl itu semakin tidak dapat dikawal.

Pengendali loji nuklear Tokyo Elektrik Power (TEPCO) semakin kerap dikritik berikutan kegagalannya menghadapi bencana dan didakwa sengaja melindungi maklumat sebenar tahap masalah di loji terbabit.

Selepas berbulan-bulan membuat penafian TEPCO baru-baru ini mengakui bahawa kebocoran berlaku di loji berkenaan manakala air dicemari radiasi mengalir ke Lautan Pasisik.

TEPCO kelmarin berkata, air tercemar radiasi pada tahap berbahaya, bocor dari tangki penyimpnanan dan ini adalah masalah paling serius dihadapi loji itu sejak ia dilanda bencana gempa bumi pada Mac 2011.

NRA pula berkata ia bimbang mengenai kebocoran dari tangki sama yang dibina bagi menyimpan air dari reaktor di loji terbabit untuk menyejukkannya.

“Kandungan radiasi daripada air tercemar yang bocor dalam insiden terbaru ini amat berbahaya di mana apabila seseorang berdiri berhampiran dengannya selama sejam, ia akan tubuhnya akan mengalami radiasi lima kali ganda berbanding yang dicadangkan untuk pekerja nuklear,” kata jurucakap lembaga itu. – Reuters

No comments:

Post a Comment