Tuesday, August 6, 2013

Peneroka Felda: Kaya Atau Kayap?





Dulu semasa giat melobi para peneroka, pujuk dengan kata manis. Hinggakan peneroka mencagarkan satu2nya tanah mereka pada bank dan tidak mahu dianggap pembelot atau penderhaka. Tujuannya untuk mengangkat kaum peneroka hingga menjadi jutawan katanya.

Ketika ini bahangnya sudah terasa. Permainan berisiko yang baru saja bermula sebenarnya. Kita lihat nanti apa pula kata mereka...

Penurunan saham FGVH tidak dapat dielakkan

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad memberitahu, penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) di Bursa Malaysia memang tidak dapat dielakkan.

Katanya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan harga saham terutamanya kejatuhan harga sawit di pasaran sejak kebelakangan ini.

''Penurunan harga saham FGVH memang tidak dapat dielakkan kerana pertamanya, saham kita masih baharu dalam pasaran dan perladangan kelapa sawit adalah perniagaan teras.

''Hari ini harga sawit menurun dan apabila menurun, tentulah sedikit sebanyak saham FGVH terjejas. Penurunan saham akan kita alami selagi harga sawit tidak naik,'' katanya di Port Dickson, dekat sini.

Mohd. Isa ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 22 buah masjid di daerah Port Dickson hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jempol dan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang sebelum ini diminta mengulas laporan saham FGVH di Bursa Malaysia yang didapati semakin merosot.

''Penurunan saham bukan sahaja dialami oleh FGVH tetapi juga oleh semua syarikat perladangan di negara ini kerana harga sawit turun buat masa ini,'' katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, sesetengah saham syarikat perladangan kukuh kerana selain perladangan, mereka terlibat dalam bidang hartanah.

Apa pun tambah beliau, beberapa langkah telah diambil FGVH antaranya ialah memperkukuhkan industri hiliran dari masa ke masa supaya dapat memberi pulangan yang baik.

''Projek biodiesel adalah antara industri hiliran yang dimaksudkan. Projek ini kita mulakan setelah kita membeli sebuah syarikat seperti yang telah diumumkan baru-baru ini," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment