Friday, August 9, 2013

MISTERI: Lelaki Mengidap Penyakit Misteri Setelah Membunuh Ular


BOGOR, Jawa Barat – Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.

Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi ‘Kobra’.

Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.

Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.

”Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan,” kata temannya.

Adi menjawab, “Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.

Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.

Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. – AGENSI

Nota;

Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas makhluk Jan (datuk Jin) selepas dijadikan Allah sememangnya menjadi rahsia-Nya. Tetapi selepas mereka dicampakkan kebumi maka sesetengah golongan Jin ini menjelma ke beberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dan lain-lain. Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasulullah saw didalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu :

Telah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari sanad soheh yang bermaksud;

“Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa’labah Al-Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, Jin terbahagi kepada tiga kelompok, pertama adalah Jin yang mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara, kedua adalah Jin yang berupa Ular dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk dirinya”.

Begitu juga kemampuan jin untuk menimbulkan kemudaratan kepada manusia termasuk bayi. Ada yang boleh membunuh dan juga mencacatkan bayi dalam kandungan kerana dendam atau marah dengan perbuatan manusia yang menyakiti mereka. Ini dapat dilihat dalam satu peristiwa yang berlaku kepada seorang pemuda di zaman Rasulullah SAW. Beliau yang baru berkahwin meminta keizinan dari Rasulullah SAW untuk balik dari medan perang Khandak.

Apabila sampai di rumah, isterinya memberitahu ada seekor ular masuk ke dalam rumahnya. Pemuda ini lantas membunuh ular tersebut. Dengan tidak semena-mena, pemuda ini menggelupur dan terus meninggal. Apabila Rasulullah SAW diberitahu kejadian ini, maka Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya di Madinah ini terdapat jin-jin yang telah memeluk Islam. Maka, apabila kamu melihat sesuatu daripada mereka (dalam bentuk ular), hendaklah kamu memberi amaran selama tiga hari. Jika ternyata kepada kamu selepas itu (bahawa ular yang berada dalam rumah kamu itu sememangnya ular), maka hendaklah kamu membunuhnya. Sesungguhnya itu adalah syaitan”. Peristiwa di atas menunjukkan bahawa jin mampu membalas perbuatan manusia yang menyakitinya dengan mengenakan kesakitan kepada pembuatnya atau zuriatnya. Mungkin inilah yang dikatakan orang sebagai ’kenan’.


Rasulullah SAW juga pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari: “Bunuhlah Zu-Sufyatain, kerana dia dapat membutakan mata dan menggugurkan janin.” Menurut Ibnu ‘Abdil Barr, Zu-Sufyatain adalah jenis ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya dan ia adalah sejenis bangsa jin.

No comments:

Post a Comment