Monday, August 26, 2013

'Suami saya lihat Altantuya dibawa pergi mereka berdua' - Isteri PI Bala




Isteri mendiang PI Balasubramaniam, A Santamil Selvi berkata, suaminya menceritakan sendiri kepadanya bagaimana model Mongolia Altantuya Sharibuu ‘dibawa’ oleh Sirul Azhar dan Azilah Hadri.

“Saya tahu Altantuya dibunuh. Mendiang suami saya menceritakan sendiri kepada saya. Dia melihat Altantuya dibawa pergi oleh mereka berdua, sebelum mayat Altantuya dijumpai telah diletupkan,” katanya.

Azilah Hadri, bekas Cif Inspektor Unit Tindakan Khas (UTK) dan Koperal Sirul Azhar dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 23 Ogos lalu oleh Mahkamah Rayuan.

“Dimanakah keadilan untuk mangsa?. Soalnya.

Baca lanjut disini.

@Komen nama abadi;
Pengamatan banyak pihak mengatakan, pembebasan atas kesilapan teknikal, Persoalannya, siapakan yang menggarahkan pembunuhan itu?. Apapun lepas ini, mereka mendapat durian runtuh, apabila gaji tertunggak selama 7 tahun akan diberikan semula sekaligus, bercampur dengan bonos sekali. 

No comments:

Post a Comment