Salam,
Sebagai sati peringatan buat diri ini
dan juga sebagai pedoman buat saudaraku sekelian.
Kita sering membaca di dada akhbar kes
Geng Pukau yang bermaharajalela sejak kebelakangan ini. Menggunakan ilmu secara
salah untuk peroleh keuntungan dalam sekelip mata. Lebih malang jika mangsa itu
wanita yang turut diperlakukan sebagai hamba seks.
ILMU pukau sering dikaitkan dengan
kegiatan jenayah yang bertujuan meletakkan mangsa berada di bawah sedar
sehingga memudahkan penjenayah mengambil kesempatan seperti melarikan wang dan
barang kemas mangsa. Pukau akan menyebabkan seseorang itu
dikuasai jin kafir yang melakukan perjanjian dengan tuannya untuk merosakkan
seseorang yang dikehendaki.
Cara
pukau
Pukau boleh berlaku melalui kaedah
seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon
(percakapan dan SMS), bersalaman, melalui angin, menepuk belakang, serta membuang najis atau pakaian
buruk di hadapan rumah mangsa. Banyak juga kes pukau terjadi menggunakan medium
laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Kita juga harus berhati-hati sekiranya
menemui benda pelik seperti telur busuk, selipar sebelah dan najis manusia di
hadapan rumah kerana itu adalah salah satu cara untuk menghantar ilmu pukau ke
rumah bagi tujuan jenayah.
Pukau boleh berlaku dalam tempoh
sekitar 5 hingga 10 saat. Bagi wanita, anak gadis atau remaja, lazimnya mereka
terjebak dengan pukau yang membabitkan perasaan cinta. Sebab itulah kita sering
dengar, ada orang yang sanggup mengikut lari lelaki yang baru dikenali
termasuklah warga asing kerana apabila terkena pukau, individu itu akan berasa
terlalu sayang kepada orang yang mengenakan sihir ke atasnya.
Tanda-Tanda
Dipukau
Tanda-tanda mereka yang terkena pukau
ialah nampak sesuatu yang sebaliknya misalnya, hodoh bertukar cantik.
Selain itu, jantung berdebar-debar,
terima panggilan senyap, sakit di belakang badan dan sakit kepala khususnya
menjelang waktu Maghrib juga merupakan tanda seseorang terkena ilmu pukau.
Mereka yang terkena ilmu pukau ini
biasanya tidak akan sedar melainkan selepas ditegur oleh orang sekeliling
seperti ahli keluarga terdekat yang nampak perubahan diri mereka.
Terdapat kes yang membabitkan seorang
lelaki yang terkena ilmu pukau ketika dia mengeluarkan wang di mesin
pengeluaran wang automatik (ATM). Selepas terkena ilmu tersebut, lelaki itu
mengalami kemurungan selama tiga tahun.
Lihat diantara kes berkaitan;
Kes
1; Melihat Mata
Kes seorang bekas pekerja Telekom
Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya
dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai, Kedah. Mangsa
mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau
oleh wanita tersebut. Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta
beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan
Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi. Ketika singgah di sebuah gerai menjual
ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak
dikenalinya. Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya
melihat ke arah matanya yang merah. Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat
mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.
Kes
2; Disapa Wanita Seksi
Seorang warga emas dan isterinya bukan
saja disamun dalam sebuah kenderaan, malah dipaksa berjalan kaki sejauh
kira-kira dua kilometer apabila terpedaya dengan janji manis suspek kononnya
ingin meminta bantuan mangsa sebagai penjamin. Dalam kejadian kira-kira jam 9
pagi, mangsa lelaki berusia 77 tahun bersama isterinya, 50, baru saja mengeluarkan wang RM10,000 dari
sebuah bank dipercayai untuk digunakan bagi membaik pulih rumahnya. Modus
operandi kumpulan itu menggunakan seorang wanita sebelum mangsa dibawa bertemu dengan
dua lagi lelaki yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta dan kemudiannya
menyamun mangsa dalam kenderaan berkenaan. Mangsa kemudiannya akan ditinggalkan
selepas disamun. Mangsa yang dalam keadaan ketakutan menyerahkan wang tunai
RM10,000, jam tangan dan cincin yang dipakai isterinya kepada suspek.
Kes
3; Melalui Laman Soaial FB
Seorang gadis 18 tahun, menceritakan
sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti
dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru
dikenali dalam laman sosial Facebook. Menurutnya, setelah dia keluar dari
tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, beliau mendakwa dihantar ke sebuah
rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit. Sepanjang
tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk
mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga. Setelah hampir 20
hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan
saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan
serta-merta.
Kes
4; Juga Melalui Laman Soaial FB
Kisah seorang isteri yang dilarikan
warga Indonesia bulan lalu dipercayai dibawa ke negara berkenaan dengan menaiki
tongkang melalui Pelabuhan Klang sehari selepas dia dilaporkan hilang. Dia juga
terpaksa menempuh perjalanan yang panjang termasuk menaiki bas selama lima hari
lima malam dari Medan ke Surabaya. Mereka hanya mahukan wang dan akan
meninggalkan isteri saya yang dipukaunya selepas apa yang dihajati tercapai. Warga
Indonesia yang kelihatan alim ketika bekerja di sini telah berumahtangga dan
mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun,berlagak alim itu turut
menjual barang kemas ibu kepada tiga anak itu yang dipukau bernilai RM15,000
sebelum bergerak ke Rambipuji Daerah Jemba, Surabaya. Ketika ditemui, wanita
itu tidak menunjukkan sebarang perasaan dan hanya kenali suaminya sebagai orang
biasa bukan sebagai suaminya, beliau sering meracau-racau dengan menunjukkan
dia berada dalam keadaan tidak sihat. dengan bantuan penduduk di sana membawa
isteri mendapatkan rawatan di sana kerana dipercayai terkena ilmu hitam. Selepas
menjalani rawatan tersebut, beliau mula mengenali saya dan mula teringatkan
anak-anak.
Kes
5; Dicalit Minyak
Terdapat satu kes di mana seorang
remaja perempuan yang baharu pulang dari Mesir selepas menamatkan pengajian di
sana menaiki bas dan duduk bersebelahan dengan seorang Awang Hitam. Warga
Afrika itu cuba berbual-bual dengan remaja terbabit tetapi tidak dilayan.
Kemudian, dia berpura-pura terpegang pergelangan tangan mangsa tetapi
sebenarnya dia mencalitkan minyak dagu kepada remaja itu. Selepas kejadian itu,
remaja terbabit sering termimpikan Awang Hitam berkenaan. Remaja tersebut cuba
mencari Awang Hitam itu di lokasi perhentian bas yang dijumpainya dan selepas
itu, dia dilaporkan hilang selama dua bulan dan dipercayai mengikut warga
Afrika terbabit. Lebih mengejutkan, apabila remaja berkenaan pulang ke kampung
dua bulan selepas itu, dia berpakaian seksi sedangkan dahulunya dia bertudung
labuh.
Kes
6; Menjawab Salam Dari Orang Tak Dikenali
Seorang wanita berusia 37 tahun yang
tinggal bersendirian di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dipukau hingga separuh
bogel sebelum disamun. Ketika kejadian dia berseorangan di rumah manakala adik
sepupunya keluar untuk membeli barang. Selepas mendengar orang memberi salam di
pintu hadapan dia tanpa teragak-agak membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, beliau
melihat seorang lelaki dan wanita berdiri di muka pintu. Lelaki itu berbaju
Melayu hitam manakala pasangannya berpurdah. Saya yang seperti terkaku
membenarkan mereka masuk ke dalam rumah.Sebaik sahaja masuk, pasangan itu
bertanyakan tempat saya menyimpan barang berharga dan saya lantas menunjukkan
tempat simpanan itu kepada mereka. Tidak cukup dengan itu, beliau
diarahkan membuka pakaian dan tanpa rasa malu, saya hanya menuruti arahannya
itu dalam keadaan separuh sedar. Selepas mengambil barangan bernilai lebih
RM10,000, mereka mengarahkan saya berbaring di dalam bilik sebelum mereka
bergegas keluar.Beliau tidak dapat menggerakkan badan sehingga adik sepupu saya
pulang ke rumah dan mengejutkannya. Apabila mendapati dirinya berada dalam
keadaan separuh bogel dan rumahnya bersepah, barulah Sarifah tersedar ia
angkara pasangan berlagak alim yang masuk ke rumahnya itu.
Kes
7; Dihembus Asap Rokok
Ibu kepada seorang anak dan sudah
mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, dia mempunyai masalah sering berasa
dingin setiap kali ingin bersama suaminya. Setelah menceritakan masalah yang
dihadapi itu kepada seorang rakan yang seterusnya memperkenalkannya kepada
seorang bomoh di Selangor. bagi memulihkan keadaan saya itu. Bomoh tersebut berjanji
mahu membantunya dengan mengenakan kos rawatan sebanyak RM3,000 serta kos
tambahan bagi tujuh rawatan yang lain.Untuk sesi rawatan pertama, Mona diajar
cara perhubungan seksual yang dapat membantu meningkatkan kemesraan antara
suami isteri oleh bomoh berkenaan dan isterinya. Bomoh itu meminta Mona membawa
wang kononnya untuk membeli beberapa peralatan yang akan digunakan. Sepanjang
proses rawatan itu, bomoh itu meminta kebenaran untuk merokok. Sebaik saja
bomoh itu menghembuskan asap rokok, Beliau pening dan seakan-akan mengikut
kata-kata bomoh berkenaan. Bomoh itu memberitahu dia perlu memasukkan minyak
yang sudah dijampi ke dalam bahagian sulitnya kerana katanya, ada saka dan ia
perlu ditarik keluar. Tanpa sebarang bantahan, beliau sekali lagi akur.
Akhirnya beliau mengalami kerugian hampir RM6,000 akibat dipukau oleh bomoh
berkenaan.
Dan banyak lagi kes-kes yang tidak berkesudahan banyaknya...
Cara
untuk pelindung diri
Bagi mengelakkan diri daripada menjadi
mangsa pukau, kita supaya menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali yang
secara tiba-tiba ingin rapat, di samping jangan mudah percaya kepada seseorang.
Jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan
latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, Kita juga perlu melatih diri
kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu
berkenaan. Jika mendengar salam yang diberi oleh orang yang tidak dikenali,
jangan dijawab dahulu dan jangan terus bertentang mata mereka.
Antara kaedah yang boleh diamalkan;
[1]. Berwuduk
Cara paling mudah seseorang itu
mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam
keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita. Latihan
seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya
kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada
kita. Lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena
ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai
benteng untuk diri.
[2]. Berdoa
Setiap kali keluar rumah jangan lupa
baca doa yang sewajarnya dan sentiasa menjaga solat sebagai perisai mukmin.
[3]. Ayat Kursi
Antara Beberapa khasiat Ayat Al-Kursi :
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan
khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali
keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan
dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s.w.t.
[4]. Membaca Surah Al-Muawwizat
(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan
Surah An-Naas)
Fadhilat Surah Al-Muawwizat
Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan
‘Surah Al-Muawwizat’ adalah;
-
Pelindung / pendinding diri.
-
Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
-
Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
-
Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
-
Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.
Untuk 'pendinding diri', amalkan
membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali
selepas solat fardu, surah Yassin (ayat 9), surah as-Soffat (ayat 6) dan surah
Yunus (ayat 81 dan 83).
Wallahu a’lam,
No comments:
Post a Comment