Monday, August 12, 2013

Surau Jadi Tokong




Kesucian agama Islam di negara ini terus diperkotak-katikkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga memuncakkan kemarahan umat Islam.

Selepas beberapa kes pasangan Alvian dan Vivian menjemput umat Islam berbuka puasa bersama bak kut teh (sup tulang rawan babi), diikuti pula sambutan Aidilfitri yang tidak mengira asal usul dan spesis ciptaan Maznah Yusof dengan tiga ekor anjingnya dan kini Surau Resort dijadikan tempat tokong Budha pula.

Perbuatan mereka ini seperti satu provokasi untuk menghina Islam. Mungkin bagi mereka ini (Latnatullah) ia satu perkara kecil, tetapi tidak kepada umat Islam.

Masjid dan surau adalah suatu yang berbeza, tetapi tujuannya sama dan dikatakan sebagai ‘Rumah Allah’. Tempat dimana umat Islam bersujud iaitu perbuatan di mana meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Tidak kira apapun darjatnya dari hamba sahaya hinggalah kepada Sultan atau Raja yang beriman dan takutkan akan Allah iaitu Tuhan segala makhluk.

Untuk yang masih belum mengetahui berkaitan rumah ibadat orang Islam, sila telusuri di bawah untuk pencerahan.


Takrif Surau

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.


Takrif Masjid

Masjid berasal daripada perkataan Arab “sa-ja-da” yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Tambahan lagi, masjid juga dikenali dengan “Baitullah” Rumah Allah. Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah Al-Haram iaitu Ka’abah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadap muka dan dada ketika mengerjakan solat. (Mohd Gunawan Che Ab. Aziz 2008)

Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Terdapat pendapat yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Antaranya ialah Al-Zakrkasyi dan Al-Zajaj. Mereka menyatakan sedemikian berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Dan dijadikan bumi ini bagi aku tempat sujud serta suci bersih” (Imam Badruddin Muhammad Bin Bahdirin al-Zarkasyi Al-Syafi’I 1995)

Dalam hal ini, Qadhi Iyadh berpendapat berkata: Ini adalah antara ciri-ciri umat ini, kerana orang-orang sebelum kita tidak akan bersembahyang kecuali di tempat yang telah diyakini kebersihannya. Kita telah diberi keistimewaan untuk mendirikan solat di seluruh permukaan bumi kecuali di tempat yang kita yakini bernajis. (Imam Badruddin Muhammad Bin Bahadir al-Zarkasyi Al-Syafi’I 1995)

Secara umumnya masjid boleh didefinisikan sebagai tempat umat Islam mengerjakan ibadat khusus seperti solat dan iktikaf. Masjid juga merupakan pusat aktiviti, social, kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah. (Mohd Gunawan Che Ab. Aziz 2008)

Walau bagaimanapun, takrif masjid yang biasa diterima pakai kini merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk melakukan solat Jumaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak diadakan solat Jumaat dikenali sebagai surau atau musalla. (Mohd Gunawan Che Ab. Aziz 2008)

Tambahan lagi, pembinaan masjid adalah untuk membolehkan umat Islam mendirikan solat lima kali sehari semlam secara berjemaah. Orang-orang Islam berjumpa di masjid dengan jasad dan roh menuju satu matlamat serta kepercayaan yang kukuh dan pasti iaitu beribadat kepada Allah. Selain itu, masjid juga dijadikan sebagai pusat penyebaran dakwah dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

Antara bukti yang menujukkan bahawa masjid merupakan pusat penyebaran dakwah ialah, sebagaimana yang telah berlaku selepas pembukaan kota Mekah dan pembinaan masjid-masjid para sahabat mula memgembangkan ajaran Islam bermula daripada titik penting dan asasi iaitu Islam adalah sesuai bagi akal dan jiwa serta baik untuk masyarakat yang menggabung jalinkan antara nilai kebendaan dengan nilai kerohanian dalam kehidupan. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Masjid juga berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, menuntut ilmu merupakan satu kefarduan keatas umat Islam. Maka, masjid-masjid menjadi institusi yang menguruskan hal-ehwal para pelajar yang berminat menuntut ilmu. Mereka datang untuk mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para ulama dalam pelbagai bidang ilmu seperti syariah, falsafah, perubatan, matematik, astronomi (falak), kimia dan lain-lain. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Kini, sewajarnya masjid perlu didedahkan dan dibekalkan dengan pengetahuan mengenai teknologi maklumat supaya dapat memudahkan pengurusan segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid dan dapat berinteraksi dengan dunia di luar dengan pantas dan cepat. Dengan adanya kelengkapan pengkomputeraan, secara tidak langsung akan dapat menarik golongan muda untuk mengimarahkan masjid. Seterusnya, dengan kelengkapan tersebut kelas pengajaran agama dan pengajian Al-Quran akan jadi lebih berkesan dan bermanfaat. (Jurnal Dewan Agama dan Falsafah Okt. 2002).

Dalam Islam terdapat tiga masjid yang utama. Pertamanya, Masjidil al-Haram. Ini kerana ia dikira rumah pertama dibina untuk manusia beribadat. Secara realitinya, Masjidil al-Haram telah melalui banyak proses perkembangan perluasan dan ubahsuaia sejak tapak asas pembinaan Baitullah dibina oleh Nabi Ibrahim. Masjid al-Haram yang mengelilingi Kaabah dahulunya adalah kecil dan tidak mempunyai dinding, ia hanyalah tingkat-tingkat yang melingkungi Kaabah dan antara setiap tingkat ada pintu yang membolehkan manusia memasukinya daeri setiap sudut. Keadaan binaan itu kekal daripada zaman Saidina Ibrahim a.s hingga ke zaman Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar Al-Siddiq r.a. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Selepas tempoh itu, berlaku usaha-usaha perluasan bangunan masjid tersebut. Pertama berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a. dan yang terakhir ialah yang diusahakan oleh kerajaan Arab Saudi sekarang. Melalui perluasan ini, kawasan masjid Al-Haram tersebut menjadi seluas 75000 meter persegi dan merupakan satu model bagi keindahan bagunan Islam. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Masjid kedua terbesar ialah Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Pada asal pembinaannya pada zaman Nabi s.a.w, ia dibina di atas sebidang tanah seluas kira-kira 1500 meter persegi (35 meter panjang x 30 meter lebar). Tapak asas bangunannya daripada batang-batang pohon-pohon kurma dan bumbungnya daripada pelepah-pelepah pokok serta lantainya daripada batu-batu kerikil. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Berlaku perluasan dan ubahsuai Masjid Nabawi pada zaman baginda s.a.w pada tahun ketujuh Hijrah. Keluasannya bertambah menjadi 2500 meter persegi. Perluasan dan ubahsuai berlaku pada zaman pemerintahan al-Marhum Raja Abdul Aziz Saud. Pintu-pintu baru ditambah yang dibuat untuk dewan solat yang bertiangkan dengan tiang-tiang seri besar daripada batu marmar. Lantai masjid juga diturap semuanya dengan batu marmar. Perluasan ini menjadikan jumlah keluasan masjid menjadi 160,000 meter persegi. (Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Manakala Masjidil al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam. Masjid ini kenali sebagai al-Aqsa kerana masjid ini jauh dari kota Mekah, sejajar dengan ‘Al-Aqsa’ yang bermaksud “yang jauh”. Tambahan lagi Masjid al-Aqsa menjadi masjid penting dalam Islam kerana di masjid ini pernah terjadi satu peristiwa besar dalam penyempurnaan agama Islam, yakni peristiwa Isra’ dan Mikraj. (Ensiklopedia Islam jilid 6, 1998)

Tambahan lagi terdapat pelbagai jenis dan bentuk senibina masjid berdasarkan kepada sejarahnya. Antaranya ialah:

a. Bentuk ala Maghribi
b. Bentuk ala Andalusia
c. Bentuk ala Mesir
d. Bentuk ala Turki Saljuk
e. Bentuk ala India
f. Bentuk ala Iran Safawi
g. Bentuk ala Turki Uthmani
(Shaikh Ali Mohamad Mokhtar 2003)

Lihat video ini;




Bos Resot ditahan;


Pengurusan: Tak salah benar bukan Islam guna surau


No comments:

Post a Comment