Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi menasihat
Waytha supaya tidak keluarkan kenyataan bercanggah; Lebih-lebih lagi berkaitan isu yang sentitif. Mengulas kejadian tembak menembak dengan anggota polis dan meragut 5 nyawa di Penang baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P
Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang
ditentukan kerajaan.
Beliau mengulas tindakan Waytha
Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati
di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.
Waytha Moorthy dilaporkan akhbar
sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan
polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat. Baca di sini.
Orang
bercakap, bukan susah nak jadi menteri kat Malaysia ni, daftar satu pertubuhan kemudian buat tuntutan yang
macam-macam, kutuk-kutuk UMNO sikit, dan paling penting pandai berlakon! Lihat sini.
Mereka membuat
tuntutan 18 perkara kepada Kerajaan Malaysia melalui memorandum yang dihantar
kepada YAB Perdana Menteri pada 12 Ogos 2007. Antara tuntutan mereka;
Menuntut
agar dihentikan polisi perkauman, ekstremisme Islam serta menarik balik hak
keistimewaan orang Melayu di negara ini sempena 50 tahun Kemerdekaan
Negara;
Untuk
mengetahui siapa itu Hindraf , lihat di sini
No comments:
Post a Comment