Sebuah hadis,
Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT
seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada di
bumi.
'' Ya Allah,
adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku
tempat tinggal,'' kata iblis.
Allah SWT
berfirman;'' Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),'' (HR.
Bukhari).
Dari situlah
kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik
mandi, jamban atau tandas.
Godaan iblis
bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar;
[1]. Berada
lama di dalam bilik mandi.
[2]. Bernyanyi
atau berkata-kata.
[3].
Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa i-pod mendengar muzik).
[4]. Membisik
seseorang supaya kencing sambil berdiri.
[5].
Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.
[6]. Melupakan
seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi.
[7]. Melakukan
perkara tidak sopan.
[8]. Melakukan
Wuduk sambil telanjang.
[9].
Menconteng dinding bilik mandi.
[10]. Merancang
kejahatan.
Oleh itu
berhati-hatilah sewaktu berada di dalam bilik air atau bilik mandi. Tips yang
baik adalah dengan mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya saja. Lebih cepat
lebih baik.
Amalkan Doa
Ini;
Diterjemahkan
oleh Detik Islam dari sumber islampos.com,
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment