Monday, August 5, 2013

Persoalan Seksual [5]: Saluran kencing keluar nanah




Siri Persoalan Seksual Bersama Pakar Sakit Tuan Dr. Ismail Tambi.

SAYA mengalami keradangan pada alat sulit iaitu saluran kencing mengeluarkan lendir seakan-akan nanah yang berwarna kuning cair. Apabila saya saya membuang air kecil, saluran berkenaan terasa pedih. Adakah ini petanda saya mengalami penyakit kelamin?

Jawapan Dr. Ismail Thamby

Salur kencing lelaki berbeza daripada salur kencing perempuan. Untuk perempuan, air kencing saja yang keluar daripada salur kencing. Bagi perempuan yang ejakulasi ketika klimaks, air mazi (cecair daripada pepundi bersebelahan salur kencing perempuan) keluar menerusi salur kencing perempuan.

Untuk lelaki air kencing, air mazi dan air mani keluar melaluinya. Jika salur kencing mengalami keradangan dan mengeluarkan cecair seakan-akan nanah, ia kemungkinan mengalami jangkitan.

Jangkitan itu mungkin berjangkit daripada faraj, mulut atau lubang najis akibat seks rambang tanpa perlindungan (ada juga terkena jangkitan walaupun menggunakan perlindungan).

Sekalipun anda tidak melakukan hubungan seks, ia turut boleh terjadi kerana kuman di dalam pundi kencing. Penyakit ini kebiasaannya adalah jangkitan Gonorrhea atau jangkitan kuman virus Chlamydia.

Jika anda melakukan seks rambang, sama ada memakai perlindungan atau tidak, ada kemungkinan masalah yang anda alami akibat jangkitan penyakit kelamin.

Jika anda masih aktif melakukan hubungan kelamin dengan pasangan lain, termasuk isteri anda, kemungkinan mereka semua boleh dijangkiti penyakit terbabit.

Jika perempuan itu terkena jangkitan, kemungkinan perkara itu tidak disedari kerana tiada simptom bagi wanita. Jika ada, mungkin pada kemudian hari apabila mereka keguguran atau mengalami kesakitan di bahagian sistem reproduktif dalaman yang kronik.

Penyakit ini dikenali sebagai ‘PID’ atau ‘pelvic inflammatory disease’. Anda patut berjumpa doktor secepat mungkin jika mendapati ada yang tidak kena dengan salur kencing anda.

Jangan abaikan, jangkitan itu boleh melarat dan menjangkiti organ dalaman seperti pundi prostat atau buah zakar.

Jika ini terjadi, anda boleh mandul. Saya cadangkan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk menjalani pemeriksaan dan menerima rawatan sewajar.

No comments:

Post a Comment