Perkembangan
Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat
rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat
Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut
didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis
muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat
tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.
Pusat Islam Kyiv
Selepas Imam
menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan
majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan
syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry
mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan
kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam
fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan
tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya
memeluk Islam.
Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry
Dimitry mula
menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang
berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay
Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka
membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang
menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan
teori itu.
Akan tetapi
Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang
diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini
mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin
bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1,400 tahun yang lalu
hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.
Teori yang
dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan
fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan
sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam,
kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode
akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode
yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam
itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic
phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada
paksinya.
Realitinya di
alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan
magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran
bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya
matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga
kearah manakah kedudukan tersebut.
Telah didapati
bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak
lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini
kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.
Bahkan pada
tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200
km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut
mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak”
perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari
akan terbit (keluar) dari Barat.
Ilmu
pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku
atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari
hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti
berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada
maklumat tersebut selain dari Islam.
Ia mendapati
maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah saw bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari
tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia
melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada
gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari
dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)
Matahari
terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah
pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya
terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan
fenomena ini seperti dalam artikel dibawah.
Dari Ibn
‘Abbas,
“Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya
matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap
menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan
orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang
laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut
sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi
Min Maghribiha).
No comments:
Post a Comment