Sunday, August 4, 2013

Malaysia Dah Jadi Macam Negara Ala Koboi (CowBoy)




Malaysia sekarang ini berada dalam keadaan tidak berapa selamat. Faktanya sesiapa saja boleh jadi mangsa. Seperti menonton filem cowboy yang popular sikit masa dulu, tak puas hati jer, cabut pistol ‘PANG’ mati sorang. Itulah fenomena terkini yang melanda Malaysia hari ini, ala-ala negara cowboy gitu. Dulu heboh sempadan di Lahat Datu, Sabah diceroboh oleh pengikut ‘Kesultanan Sulu’. Sekarang ini sempadan Siam pula mudah bolos dengan penyeludup senjatapi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota.  PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Polis Nasional Republik Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai Police Department), Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura (Singapore Police Force).

PDRM mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

Persoalannya, cukup ke dengan hanya 111,450 anggota untuk menjaga kesejahteraan 28.4 juta penduduk Malaysia. Berita terkini, Kementerian Pertahanan nak tambah 6 buah lagi kapal selam dan TUDM dengan 12 aset barunya, Eurocopter EC725. Berapa harga? Rahsia!

Lihat kronologi kes tembak menembak yang berlaku dalam seminggu;

Kes 1;
Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan
JEMPOL 29 Julai, Sri Sanjeevan keluar rumah untuk bertemu rakan sehinggalah keluarganya mendapat berita adiknya itu cedera ditembak di Taman Cempaka. Difahamkan, Sri Sanjeevan kini dilaporkan stabil selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Ja'afar di sini ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peluru. Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa berusia 29 tahun cedera parah akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta jenis BMW. Mangsa menaiki kereta itu bersama seorang rakan dan berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka sebelum dua lelaki berpistol muncul dan melepaskan tembakan.

Kes 2;
Pengasas AmBank maut ditembak
KUALA LUMPUR 29 Julai, Pengasas Bank Arab-Malaysia yang kini dikenali sebagai AmBank Berhad pula maut akibat ditembak seorang daripada tiga lelaki yang dipercayai pembunuh upahan hari ini. Mangsa, Hussain Ahmad Najadi, 75, mati ditembak di sebuah tempat letak kereta di Lorong Ceylon di sini, kira-kira pukul 1.30 petang. Mangsa yang berasal dari Iran dan berstatus penduduk tetap (PR) sebelum itu dikatakan telah ke tokong Ceylon Kuan Yin bersama isterinya yang berusia 49 tahun untuk bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan satu urus niaga saham.

Kes 3;
Kes tembak peniaga: Seorang lelaki ditahan
BUKIT MERTAJAM 31 Julai, Dalam kejadian kelmarin, G. Santhana Samy, 30, cedera parah selepas ditembak dua penjenayah bermotosikal di Jalan Mengkuang berhampiran susur keluar Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), di persimpangan lampu isyarat Kubang Ulu.

Kes 4;
Pemandu van kilang mangsa terbaharu kes tembak
PARIT BUNTAR 31 Julai - Seorang pemandu van kilang ditemui mati selepas terkena tiga das tembakan di persimpangan Jalan Permai Utama di sini, pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, N. Jeevandran, 26, maut di tempat kejadian ekoran mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan pinggang.

Kes 5;
Pengawal keselamatan maut ditembak
KUALA LUMPUR 3 Ogos, Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24  di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini. Dalam kejadian pada kira-kira 1.30, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa. Suspek dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Kes 6;
Pekerja kedai emas Ditembak ketika memandu
KUALA LUMPUR 2 Ogos, Dalam kejadian pukul 8.45 pagi, mangsa cedera parah selepas ditembak dua individu menaiki motosikal di Pandan Indah dekat sini.
Mangsa, Wong Foo Yui, 34, sebelum itu memperlahankan kereta jenis Toyota Camry dipandunya ketika menghampiri petak kuning di persimpangan berhampiran sebuah bank. tiba-tiba dua lelaki berjaket hitam menaiki motosikal jenis Yamaha menghampiri kenderaan mangsa lalu melepaskan tiga das tembakan.

@kes belum dicampur dengan kes Pegawai JPJ ditembak mati. Lepas ini siapa pula mangsa seterusnya?


  

No comments:

Post a Comment