Thursday, August 29, 2013

Kereta Mewah Mercedes-Benz Murah Pada Yang Berduit!




Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baru E-Class yang menampilkan reka bentuk lebih sporty serta disepadukan dengan sistem enjin lebih cekap yang disasar membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta mewah.

Menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan dan pelbagai ciri terkini terutama sistem yang dapat membantu menghindar kemalangan, E-Class 2013 dinobatkan sebagai siri E terbaik yang pernah dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu. Baca lanjut [di sini].

Harga

E200 dan E250 BlueEFFICIENCY dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang MBM, Pekan, Pahang dan masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM366,888 serta RM405,888 di Semenanjung Malaysia.

E-Class pada harga £32,400 klik sini.

Jika di Britain harganya sekitar £36,495 sebuah, dan dalam tukaran wang dalam Ringgit Malaysia kira-kira RM186,957 saja. Periksa harga [di sini]

Mercedes E CLASS E200 AMG Sport 4dr Tip Auto Petrol Saloon £36,495


Jika dijual di Malaysia pada harga RM366,888 dan harga di UK kira-kira
RM186,957. Ini bermakna rakyat Malaysia perlu membayar lebihan RM179,993.
Kenapa perlu membayar lebihan itu jika hanya pemasangan tempatan?
Pendek kata hanya yang berduit saja yang mampu milikinya. Tepuk dada tanya iman...

Kenapa kereta di Malaysia Mahal? baca [di sini]

No comments:

Post a Comment