Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah
Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah
menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi
tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah
berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan
pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai
tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan
palsu.
Sistem demokrasi menjamin hak bersuara dan berdemonstrasi secara aman.
Namun, perhimpunan mereka diserang dengan peluru hidup, dan perkampungan mereka
dibakar untuk penghapusan bukti di Medan Rabaah dan Medan An Nahdhah. Kemudian,
sekali lagi perhimpunan menuntut bela atas kematian ini di Ramsis diserang yang
mengorbankan lagi 300 nyawa. Kudeta terus bermaharaja lela tanpa mengendahkan
sebarang tekanan antarabangsa untuk menghentikan penyembelihan ini.
Kami menyeru masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk bersatu
menunjukkan solidariti kita demi setitik nilai demokrasi dan kemanusiaan kepada
rakyat Mesir. Masihkah anda ingat bagaimana solidariti dunia membela
"hunger strike" rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel
mampu memberi kesan yang signifikan sehingga mereka dibebaskan?
Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih
85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama
bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol #R4BIA yang menjadi lambang
solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir.
______________________________
• Maksud Simbol 4.
1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro
Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah)
yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa
maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian,
(angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus
membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai
kemerdekaan.
2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep
Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre'
yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang
mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.
3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial
seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap
apa yang berlaku di Mesir.
Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini.
Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua
sempadan dan kita mampu melakukannya !
Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.
"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan
seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia
oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !
You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like
the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost
their humanity !
No comments:
Post a Comment