Wednesday, August 14, 2013

Kisah Pemandu Teksi Diraba Telor Oleh Pompuan Gila Seks!




Kepada abang teksi, awas jika ada penumpang macam gini. Rupanya inilah modus operandinya untuk ‘menyeluk saku’. Nak tergelak pun ada.. apapun layan dulu cerita ni...  

KUALA LUMPUR: Hampir terbeliak mata seorang pemandu teksi apabila seorang penumpang wanita yang dibawa tiba-tiba menawarkan hubungan seks sebelum sengaja mahu berbogel sambil menggoda dan meraba tubuh pemandu teksi berkenaan.

Wanita berusia lewat 40-an itu tanpa segan silu memujuk pemandu teksi melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan sudah lama kegersangan. Bagaimanapun, aksi melampau itu hanyalah sebahagian daripada taktik jahatnya untuk menggoda pemandu teksi terbabit sebelum menyeluk saku pemandu terbabit tanpa disedari.

Difahamkan, wanita itu yang bijak berlakon masih bergiat aktif melakukan babak drama `panas’ berkenaan sejak sekian lama dengan menjadikan pemandu teksi sekitar Lembah Klang sebagai sasaran.

Seorang daripada mangsa, Kamaruddin Mohd Ali, 59, berkata, kejadian mencemaskan itu dialaminya Jumaat lalu ketika dia baru selesai menunaikan solat Jumaat dan menyambung tugas untuk mencari penumpang di sekitar ibu kota.

Dia yang sudah memandu teksi sejak lima tahun lalu mendakwa ditahan seorang wanita berusia lewat 40-an berhampiran Bukit Bintang sebelum diminta dihantar ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar. Saya langsung tidak mengesyaki apa-apa sebelum wanita berpakaian seksi itu membuka pintu teksi dan duduk di sebelah saya.

Bagaimanapun hati saya mula berdebar apabila tangan wanita terbabit tiba-tiba merayap sebelum menyentuh paha saya. Saya yang terkejut dengan perbuatan itu cuba mengelak dengan mengalihkan kaki. Gelagat liar wanita terbabit semakin melampau apabila jarinya mula beralih hingga menyentuh bahagian sulit saya, katanya.

Menurutnya, dia yang berang dengan perbuatan wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang dimahukan wanita itu. Tanpa segan silu, wanita berambut paras bahu itu memberitahu dia sudah lama tidak melakukan hubungan seks dan rindukan nikmat bersama lelaki.

Wanita itu yang memberitahu kemaruk untuk disetubuhi beraksi lebih ‘panas’ sebaik teksi yang saya pandu tiba di hadapan sebuah pasar raya di Brickfields, di sini, katanya.

Kamaruddin berkata, wanita itu tanpa segan silu sengaja membuka butang baju dipakainya satu persatu hingga menampakkan payu daranya. Saya yang bersikap acuh tak acuh dengan tindakan wanita itu cuba sedaya upaya memandu teksi dengan laju untuk segera sampai ke destinasi yang ingin dituju wanita itu. Bagaimanapun, wanita itu seolah-olah tidak berputus asa memaksa saya memegang dan menyentuh payu daranya, katanya.

Menurutnya, dia yang tidak tahan dengan gelagat lucah wanita itu nekad memberhentikan teksinya di bahu jalan tidak jauh dari Stesen LRT berkenaan. Saya mengarahkan wanita itu keluar dari kenderaan saya namun dia terus menunjukkan pelbagai aksi menggoda sambil merengek manja kepada saya.

Malah wanita itu terus membuka bajunya hingga bogel sebelum menerpa dan memeluk saya. Saya cuba menolak tubuh wanita itu yang bertindak lebih ganas meraba badan saya, katanya. Namun selepas bergelut beberapa minit, dia akhirnya meleraikan pautan wanita itu sebelum menghalaunya keluar.

Wanita itu tanpa wajah bersalah keluar dari teksi sambil membetulkan baju dipakai. Sebelum beredar pergi dan sempat berpesan menghubunginya jika berhajat untuk melakukan hubungan seks. Saya tanpa memandangnya terus memecut teksi dari kawasan itu. Namun kira-kira 10 minit kemudian, hati saya mula rasa curiga sebelum memeriksa dompet dalam poket seluar saya, katanya.

dariblog:pakcikli00.wordpress.com

No comments:

Post a Comment