KUALA LUMPUR: Persoalan
belum terjawab lagi, siapa pembunuh sebenar Altantuya Shaariibuu apabila
Mahkamah Rayuan pagi ini membebaskan anggota UTK, Cif Inspektor Azilah Hadri
dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia
itu.
Mengikut
laporan media, panel tiga hakim – Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton
Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara
membenarkan permohonan rayuan mereka.
Kedua-duanya
sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan
membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam
pada 2006.
Sebelum ini,
bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang juga rakan baik Perdana
Menteri sekarang yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh
Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan
kes prima facie terhadapnya.
PI Bala |
Orang ini
tetiba mati sebab masalah jantung,
Yang sebelum
ini didapati sihat. Disahkan pula oleh isterinya di sini.
Kes
bunuh yang tidak dijumpai buktinya?
-Doa Cif Inspektor Azilah Hadri
untuk menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama tujuh
tahun akhirnya dimakbulkan setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya
daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
-Koperal Sirul Azhar Umar, yang
dituduh bersama-samanya, pula sempat menyatakan "Terima Kasih Yang
Arif" sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kandang tertuduh. Berita,
baca di sini.
@Komen;
Kambing Hitam telah
terlepas dari kandang, bagimana pula dengan tuan punya kambing?. Kambing ditangkap
meragut tanaman orang... malangnya tanaman itu ditanam di tanah rezab kerajaan!
Kepada siapa pula tuan punya tanaman hendak mengadu agaknya? alamatnya rugi yang tidak
berganti... kira hangus jer..
Apapun itu
undang-undang manusia, manusia yang bikin. Ampunan dari Allah belum tentu
diampunkan lagi selagi kambing tidak meminta maaf pada tanaman itu, malangnya tanaman
yang dimakan telahpun menjadi baja...
No comments:
Post a Comment