BERA
- Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar
gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu.
Mohamad
Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi
baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini.
Sehubungan
itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah
RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung
penipuan tersebut.
“Saya
yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah
lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas.
“Baru-baru
ini, anak saya ada membuat pembatalan permohonan kerana mahu mengambil lesen B2
sendiri. Tetapi apabila diminta dipulangkan wang, mereka memberitahu akan
membayar secara ansuran,” katanya.
Mohamad
berkata, jawapan itu langsung tidak logik kerana semasa permohonan, setiap
pemohon diwajibkan membuat pembayaran penuh, sebaliknya apabila pembatalan
permohonan, bayaran balik akan dilaksanakan secara ansuran.
Dakwanya,
keadaan itu jelas menunjukkan duit dikumpulkan menerusi BL1M di seluruh negara
bertujuan menampung keperluan menghadapi PRU.
“Kami
nekad untuk melaksanakan hasrat kami. Kami bukan mengugut tetapi sekadar mahu
menegakkan hak kami. Jadi, pulangkan duit kami segera,” katanya.
Menurutnya,
kegagalan BL1M menyebabkan anak-anak muda tidak dapat menjalani latihan dan
ujian di mana-mana kelas memandu, selagi nama mereka belum dibatalkan.
@Awas kepada manusia yang suka mungkir janji...Nabi SAW bersabda;
Untuk pencerahan erti munafik, klik sini
No comments:
Post a Comment