Di dalam
Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau
pun ibu?
Dalam surah
an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu
berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila
dipancarkan.”
Nuthfah,
mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang
disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi di dalam al-Jamik li Ah Kamil
Quran, nuthfah bermaksud, ”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan
jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah
sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina
lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud
sperma.
Hal ini
disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit
sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang
menjadi penentu itu adalah sperma.
Justeru
didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan
nuthfah diterjemahkan sebagai drop, spermia itu setitik atau sperma.
Justeru ayat
ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina
seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air
mani.
Kenyataan ini
adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya
rupa bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan
daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks
inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.
Y dan XX
Benih lelaki
iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum,
mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih
lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan
kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom
seks lelaki bercantumdengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi
menentukan status jantina seseorang bayi.
Oleh kerana
kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan
kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada
seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki.
Sekiranya
kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi
perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X
perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang
mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma
lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin
Firman Allah
Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang
bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya
(dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan
mendengar dan melihat.” (Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah yang
membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(surah A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam…
No comments:
Post a Comment