Assalamualaikum w.b.t..
Sekadar perkongsian dan renungan serta peringatan terutama untuk diri ini dan perkongsian buat sahabat-sahabat sekelian...
Sekadar perkongsian dan renungan serta peringatan terutama untuk diri ini dan perkongsian buat sahabat-sahabat sekelian...
Sesungguhnya insan yang bernama manusia adalah insan yang lemah. Tidak Maksum dan tidak sunyi dari melakukan dosa. Dirasakan akan tinggal hidup di dunia ini sampai bila-bila. Di dalam lirik lagu juga ada nengatakan ‘Dunia ini hanya pinjaman”. Jika benar bagai dikata, ianya harus dipulangkan kembali kepada yang hak.
Sedari atau tidak kita sekarang ini berada di
alam yang ke-3 dari 5 alam kesemuanya. Bermula dari Alam
Roh. Di dalam Alam Roh, manusia telah memeterai ikat janji atau MOU
dengan Allah SWT.;
Firman Allah s.w.t:
Tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah
(menyembah) kepada Allah SWT, sebagaimana difirmankan Allah dalam Al-Qur’an;
Setelah MOU di capai, Lalu diutus
malaikat meniup roh di Alam Rahim dan
diperintahkan mencatat empat perkara iaitu; Rezeki, ajal, amal perbuatan dan
nasib sial atau untungnya. Di Alam Rahim berkampong
selama 9 bulan 10 hari, kemudian terjun pula ke Alam
Dunia. Di Alam Dunia inilah kita berada sekarang yang tidak tahu bila
pula akan menjenguk ke Alam Barzakh. Entah
esok, atau lusa tiada siapa yang tahu. Selepas itu di akhir perjalanan semuanya
akan berkampung pula di Alam Akhirat yang
kekal abadi!
InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan
memerlukan taubat dirinya bagi penjernihan jiwa. ALLAH SWT sentiasa
memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya:
Diberi peringatan lagi;
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Bakar r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada lelaki yang berdosa dengan
sesuatu dosa, kemudian berdiri lalu bersuci (berwuduk) kemudian mengerjakan dua
rakaat solat, kemudian memohon ampun kepada Allah melainkan Allah mengampunkan
dosanya.”
Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang bertaubat sebagaimana
firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan orang yang
apabila mengerjakan sesuatu kejahatan atau menganiaya diri, mereka segera
mengingati Allah (meminta ampun terhadap dosanya).”
Daripada ‘Abdullah bin Buraidah daripada bapanya
Buraidah RA katanya: Suatu pagi Rasulullah memanggil Bilal dan bertanya: “Wahai
Bilal, dengan amalan apa yang menyebabkan engkau mendahuluiKu ke syurga?
Sesungguhnya semalam aku memasuki syurga lalu aku mendengar bunyi tapak kakimu
di hadapanku”.
Jawab Bilal: “Wahai Rasulullah, tiadalah aku
melakukan suatu dosa melainkan aku akan bersolat dua rakaat, dan tiadalah aku
mengalami suatu hadas melainkan aku akan berwuduk kerananya”. Dalam satu
riwayat: “…dan aku lihat bahawa wajib ke atasku kerana Allah bersolat dua
rakaat”. Maka jawab Rasulullah SAW: ”Dengan amalan inilah”.
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa
atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera
mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan
itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu
mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi,
maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan
Baihaqi.)
Syarat-syarat taubat:
Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh
penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam,
digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :
- Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya.
- Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
- Beramal kebajikan
- Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
- Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat.
Waktu Melaksanakan Solat Taubat:
Sebenarnya tidak ada waktu khusus yang ditetapkan untuk melakukan solat
taubat. Kerana ia boleh dilakukan di siang hari ataupun pada waktu malam.
Walaupun begitu, ia digalakkan dikerjakan pada waktu malam. Misalnya dua
pertiga malam ataupun waktu sahur. Ini adalah kerana ingin mencari suasana atau
keadaan tenang dan lebih sunyi supaya kita lebih kusyuk untuk mengerjakannya.
Biasanya pada waktu siang terdapat banyak gangguan. Dengan suasana keadaan waktu malam yang sunyi akan menyebabkan kita lebih kusyuk untuk solat dan juga beristigfar selepas selesai solat. Sebaik-baiknya kita merenung kembali segala dosa dan kesilapan kita sehingga menitiskan air mata.
Biasanya pada waktu siang terdapat banyak gangguan. Dengan suasana keadaan waktu malam yang sunyi akan menyebabkan kita lebih kusyuk untuk solat dan juga beristigfar selepas selesai solat. Sebaik-baiknya kita merenung kembali segala dosa dan kesilapan kita sehingga menitiskan air mata.
Ingatlah dan ketahuilah mengenai azab
penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa akibat daripada
kufur dan ingkar akan amaran Allah SWT sebagaimana Firman-Nya:
Dengan mengingati syurga yang akan menjadi tempat tinggal yang
kekal bagi orang-orang yang soleh, maka marilah kita membangkitkan keinginan
jiwa kita untuk melakukan taubat dengan segera. Firman Allah SWT:
Sesungguhnya masa itu tidak akan menunggu kita.
CARA MELAKSANAAN SOLAT TAUBAT:
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan
solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat
yang suci dengan menghadap kiblat;
Lafaz NIAT nya;
Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun:
...atau mana2 ayat atau surah dalam
Al-Quran.
Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah.
Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
...atau mana2 ayat atau surah dalam
Al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa
Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan
dari Allah Ta’ala):
Lailaaha
Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zholimiin
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha
Suci
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk
orang-orang yang zalim.”
Lepas solat perbanyakkan beristighfar spt:
Astaghfirullahal Aziim, Lailaaha Illa Huwal Hayyul
Qayyumu Wa Atubu Ilaih..
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang
Maha Agung.
Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah
Tuhan yang
Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba
bertaubat kepada Engkau ya Allah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun
kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"
(Hadis Riwayat Muslim).
Dan bacaan istigfar yang paling
sempurna adalah sebagaimana yang terdapat dalam sahih al-Bukhari dari Syaddad
bin Aus r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Penghulu istigfar
adalah apabila engkau mengucapkan:
Maksudnya: "Ya Allah, Engkau
Tuhanku, tiada Tuhan yang
berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah
menciptaku
dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu
semampu yang aku
boleh (laksanakan), aku memohon
perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku
lakukan,
aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan
kepadaku adalah
milikMu, dan aku mengakui terhadap
dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana
sesungguhnya
tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau".
(Hadis Riwayat Bukhari)
(Hadis Riwayat Bukhari)
(Sekurang-kurangnya di baca 3 kali
pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya dibaca 100 kali dalam masa sehari)
No comments:
Post a Comment