NEW
YORK - Seorang pramugari syarikat penerbangan American Airlines akan menyaman
majikannya selepas dia dituduh cuba menyeludup beberapa ekor tikus peliharaan
dalam satu penerbangan antarabangsa, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Menurut
akhbar berkenaan, aduan tersebut dibuat oleh beberapa rakan sekerjanya.
Pramugari
bagi penerbangan menuju ke Long Island di sini Louann Giambattista, 55,
berkata, tuduhan itu menyebabkan dia disenarai hitam oleh pihak kastam Amerika
Syarikat selama setahun.
Pramugari
veteran itu mahu menuntut sejumlah ganti rugi ekoran dirinya mengalami gangguan
tekanan akibat insiden tersebut.
Laporan
New York Post menyatakan Giambattista mengakui bahawa dia seorang penggemar
haiwan.
Namun,
wanita itu menafikan tuduhan dia menyeludup tikus ke dalam kapal terbang dan
menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak munasabah.
Peguamnya,
Stephen Morelli berkata, anak guamnya mengetahui masa dan tempat yang sesuai
untuk bermain dengan haiwan peliharaan.
"Ramai
orang memiliki haiwan peliharaan. Anak guam saya menyimpan tikus peliharaannya
di rumah dan bukan membawanya ke dalam pesawat," kata Morelli.
No comments:
Post a Comment