[BARAT
SEDANG BERUSAHA MENGHURAI TEKNIK INI]
Pedang
yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu
menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan
batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik
dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan
pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.Pedang ini
diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT
(Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan
pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi
moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang
berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Apa
itu CNT?
CNT
merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain
secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2
nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh
mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup
dikedua-dua hujungnya.
Pencirian
yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai
kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat
kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang
lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang
lebih ringan dari aluminium.
Teknologi
NANO.
Kehebatan
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari
Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2
yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib.
CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah
lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga
dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon.
Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga
ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Salahuddin
Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.
Teknik
pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang
besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi
pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang,
tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia.
Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah
hilang di telan zaman.
Wallahua'lam.
http://benmutalib.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment