Islam fobia?
Radikal Islam?
Ekstimis Jihad
kumpulan militan?
Itulah ungkapan-ungkapan
yang hangat kedengaran pasca 11 september 2001. Dunia Barat terus mendakwa atas
nama memerangi 'keganasan' merelakan pembunuhan kejam ke atas Umat Islam. Lihat
sahaja negara seperti Iraq, Afghanistan dan bumi perjuangan Umat Islam,
Palestin, saban hari terlihat di dada-dada akhbar memenuhi sorotan siri keganasan
puak-puak yang tidak senang dengan keindahan Islam.
Jihad yang
suci telah disalah tafsirkan oleh barat sebagai unsur keganasan dan kekejaman.
Namun sehingga ke hari ini tidak ada satu pun bukti yang konkrit dan benar
bahawa punca berlakunya keruntuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York
adalah didalangi daripada kumpulan pelampau Islam. Akhirnya wujudlah apa yang
diistilahkan sebagai Islam fobia yang tidak tahu di mana asal usul sesuatu
perkara itu berlaku. Permainan provokasi yang sengaja diada-adakan.
Siapakah
dalang di sebalik kejadian runtuhan itu berlaku?. Runtuhan yang telah meragut 2,
801 nyawa rakyat Amerika Syarikat dan segelintir warga-warga negara yang lain.
Apa yang pasti ada seseorang yang perlu dipertanggungjawabkan di atas bencana
ini. Tidak lain dari Usamah bin Muhammad bin Awwad bin Ladin, atau sering
dipanggil Usamah bin Ladin atau Osama bin Laden. Osama bin Laden telah dicop
sebagai ‘pengganas’ yang paling dikehendaki dan terus diburu. Akhirnya pada 2
Mei 2011 Osama bin Laden gugur syahid dalam satu serangan yang dilakukan oleh pasukan
Komando tentera Amerika di Abbottabad, Pakistan, tempat persembunyiannya selama
ini.
Hikmah Disebalik Peristiwa
Peristiwa 11
September meninggalkan kesan yang mendalam dan trauma di kalangan keluarga mangsa.
Trauma yang disusuli pula dengan pelbagai tuduhan. Tuduhan yang hanya ditujukan
kepada Umat Islam yang dikaitkan dengan Terorrist ataupun pengganas.
Namun, ada
banyak hikmah yang berlaku disebabkan kejadian tersebut. Tuduhan-tuduhan yang
tidak berasas dan bukti-bukti yang tidak kukuh hanya menyebabkan masyarakat
tertanya-tanya, Adakah Islam ini menganjurkan keganasan? Adakah Islam ini
menghalalkan darah umat manusia sejagat?
Sejurus
peristiwa itu, Islam fobia yang diputar belit oleh barat hanya menggerakkan
minat dunia untuk memahami Islam dan kehidupan penganutnya. Bahan penerbitan
yang berunsurkan Islam semakin banyak yang terjual. Malah terjemahan Al-Quran
pernah muncul dalam senarai buku-buku yang paling laris di Amerika Syarikat
sejurus selepas kejadian terbabit.
Menurut
pangalaman seorang rakyak Malaysia yang lama bermastautin di Amerika, beliau
memasuki masjid untuk bersolat Maghrib. Setelah selesai bersolat, beliau
menoleh ke belakang dan amat terkejut kerana didapati begitu ramai orang yang
memerhatikan ritual mereka. Tujuannya ingin melihat sendiri, apakah benar agama
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu begitu ganas?. Sebenarnya mereka ini adalah
dari 3 golongan. Golongan pertama, orang-orang yang berpendidikan, golongan
kedua, dikalangan wanita dan golongan ketiga, iaitu golongan African American.
Rupa-rupanya
ada sekelompok manusia ingin dekat dengan agama Islam. Mereka mengkaji dan
mempelajari dengan mendalam agama tauhid itu. Setelah mengkaji dan dibuat perbandingan
dengan agama mereka, didapati agama Islam itu adalah yang terbaik dari segala
agama yang ada di atas muka bumi ini. Tragedi yang berubah kepada sebuah
pencarian dan disusuli pula dengan berduyun-duyun manusia memeluk agama Islam.
Inilah yang dimaksudkan dengan perancangan Allah itu adalah sebaik-baik
perancangan. Wallahu’ alam.
Ikuti perkara
berkaitan;
Pengakuan salah
seorang Komando yang terlibat dalam operasi menggempur Osama bin Laden. Klik sini.
No comments:
Post a Comment