WASHINGTON - Seorang bekas
anggota komando SEAL Amerika Syarikat (AS) kelmarin mendedahkan buat kali
pertama cara dia membunuh bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden.
Dia mendedahkan cerita itu menerusi
satu temu bual yang disiarkan agensi berita AFP bahawa tiga das tembakan
dilepaskan ke arah Osama di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada
Mei 2011 selepas sekumpulan komando AS membuat serbuan.
Bagaimanapun, dia kini
berhadapan masalah kewangan kerana tidak lagi bekerja.
Dia merahsiakan identitinya
semasa ditemu bual oleh pemberita majalah Esquire.
Namun, buat pertama kalinya
dia mendedahkan peranan yang dilakukannya dalam satu serbuan di rumah
persembunyian Osama.
Tempat Persembunyian Osama di Abbottabad |
Bekas anggota komando tersebut
mendedahkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli keluarganya.
"Dia (Osama) kelihatan
keliru. Tubuhnya lebih tinggi berbanding jangkaan saya," katanya tentang
Osama.
Pasukan komando itu melakukan
serang hendap ke atas Osama di tingkat tiga rumah tersebut.
Ketua Al-Qaeda tersebut
meletakkan tangannya di bahu isteri termudanya ketika itu.
Osama menolak badan isterinya
itu ke depan dan terdapat selaras senjata AK-47 berdekatannya.
"Saya tidak tahu sama ada
isterinya mendapatkan jaket dan dia kemudian ditolak untuk mati syahid. Dia
(Osama) mendapatkan senjata dekat dengannya. Dia (Osama) merupakan satu
ancaman.
"Saya perlu melepaskan
tembakan tepat ke kepala Osama agar dia tidak berpeluang untuk meletupkan
dirinya," kata bekas komando tersebut.
"Saya menembaknya, dua
kali di dahi. Bap! Bap! Dia terjatuh di atas lantai di depan katilnya dan saya
menembaknya sekali lagi.
"Bap! tempat yang
sama," katanya.
"Dia mati. Tidak lagi
bergerak. Lidahnya terkeluar," tambahnya.
Menurut artikel majalah itu,
pembunuhan ke atas Osama mengambil masa selama 15 saat.
Menjelang musim panas pada
tahun lalu, selepas bersara daripada tentera, dia menjadi gementar tentang
kemungkinan serangan balas terhadap keluarganya.
Bekas anggota komando itu kini
menjadi orang awam. Disebabkan bersara daripada perkhidmatan ketenteraan
selepas 16 tahun berkhidmat, dia tidak layak untuk mendapatkan pencen. Pencen
hanya diberikan kepada bekas anggota tentera yang telah berkhidmat
sekurang-kurangnya 20 tahun.
"Dia memberikan banyak
khidmat kepada negaranya. Kini dia kelihatan hilang di dalam debu," kata
isterinya.
"Saya berasa tiada
sokongan, bukan sahaja untuk keluarga saya tetapi untuk keluarga lain di dalam
komuniti.
"Secara jujurnya, saya
tidak mempunyai tempat untuk mengadu," tambahnya lagi.
Jenazah Osama kemudian
dikebumikan di laut oleh tentera AS selepas dia mati.
Osama mati ditembak dalam
operasi tentera AS ketika negara itu berada di bawah kepimpinan Presiden Barack
Obama. - Agensi
Sumber: Kosmo Feb,14
No comments:
Post a Comment