Penyelidik hanya menyelidik...
Yang punyai warna coklat tu jangan la nak perasan sangat!
Nanti terasa pula si mata hitam, biru, hijau, kelabu asap...
Pemilik mata warna coklat lebih
dipercayai
London: Mereka yang mempunyai mata berwarna coklat boleh
dipercayai berbanding lelaki bermata biru atau warna lain, lapor satu kajian.
Dalam satu kajian baru diterbitkan dalam PLOS ONE,
penyelidik diketuai Karel
Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech,
menyiasat faktor yang menentukan wajah boleh dipercayai. Pengaruh interaksi
social.
Penyelidikan sebelum ini menunjukkan penampilan wajah
secara ketara mempengaruhi pelbagai interaksi sosial.
Persepsi wajah memberi maklumat berkaitan kepercayaan,
berikutan itu ia memberi memberi kesan ke atas kejayaan ekonomi, sosial dan
reproduktif seseorang individu.
Penyelidik bertanya sekumpulan peserta untuk menentukan
kadar kebolehpercayaan wajah lelaki dan wanita berdasarkan dua kriteria.
Pertama, warna mata dan kedua, bentuk wajah.
Ini ori tau.. |
“Sejumlah besar subjek mendapati wajah bermata coklat
lebih dipercayai berbanding biru, tidak kira sama ada mereka lelaki atau
wanita,” kata salah seorang penyelidik berkenaan.
Wajah lelaki bulat bermulut besar dan dagu lebih lebar
dilihat lebih dipercayai berbanding runcing, bagaimanapun bentuk wajah wanita
tidak banyak memberi kesan sejauh mana mereka boleh dipercayai.
Penyelidik juga menjalankan ujian ketiga, memberi peserta
gambar wajah lelaki yang sama kecuali satu variasi: warna mata. Ketika ujian
ini mereka mendapati kedua-dua warna mata dianggap boleh dipercayai.
Mereka juga mendapati kunci untuk dianggap boleh
dipercayai bukan datangnya dari warna mata, namun daripada kriteria wajah yang
dikongsi individu bermata coklat.
Sebagai contoh, lelaki bermata coklat secara umum
memiliki bibir lebar dengan sudut lebih menaik, dagu lebar, mata besar dan
kening lebih rapat antara satu sama lain, kriteria dianggap maskulin dan lebih
dipercayai. –AGENSI
No comments:
Post a Comment