Saturday, February 16, 2013

Omak Aiii... 1Bilik Darjah = 1Juta?

YB Ir Khalid samad

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang memuji prestasi kewangan Selangor gagal menipu dan menyekat sokongan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan negeri walaupun BN bertubi-tubi menyerang menerusi media kawalannya.

“Kejayaan Selangor membawa wang lebihan sebanyak RM2 bilion dalam masa empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu lebih baik berbanding 55 tahun pemerintahan Umno BN”  Tan Sri Khalid Ibrahim- MB Selangor


Kos bina sekolah: Pakatan Rakyat RM4.9 juta, Umno BN RM12 juta
KUALA LUMPUR 14 Feb: Kerajaan Selangor hanya berbelanja RM4.9 juta bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands berbanding RM12 juta kos yang digunakan kerajaan Umno bagi pembinaan sebuah sekolah di Shah Alam.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, berkata ia berikutan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran  Selangor, semua kontrak pembinaan sekolah diberi secara tender terbuka supaya kos tidak melambung.

“Kita lantik kontraktor melalui tender terbuka, jadi kos pun kurang. Berbeza dengan Umno yang beri kontrak kepada kroni. Bazir wang tetapi kualiti kerja tak memuaskan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam mendedahkan kerajaan Umno akan membina sekolah rendah dengan 12 bilik darjah di U-10 Shah Alam dengan kos dianggar RM12 juta.

“Bermakna setiap bilik darjah itu kosnya adalah RM1 juta,” katanya dipetik TV Selangor.

Sekolah Midlands yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 15 April 2012 dianggap terbaik dan termoden di negara ini dengan dewan besar dan makmal canggih.

Malah, sekolah yang mampu menempatkan kira-kira 2,000 murid itu tidak sesen pun menggunakan peruntukan kerajaan pusat. Sebelum ini, murid terpaksa belajar dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak, selama 50 tahun.

Manikavasagam berkata, banyak sekolah di Selangor yang dibina ketika pentadbiran Umno BN, menelan belanja yang tinggi tetapi tiada berkualiti.

“Sekolah Tamil Methodist, misalnya, hadapi masalah tandas tersumbat dan paip bocor  hinggakan PIBG sekolah terpaksa cari dana untuk perbaiki kerosakan,” katanya yang mendedahkan Perdana Menteri  ada melawat sekolah itu tahun lalu dan menjanjikan dana membaiki sekolah tetapi ia tidak ditunaikan.

“Sebuah sekolah di Bukit Raja pun hadapi perkara sama. Baru empat tahun dibina tetapi macam-macam rosak. Itulah hasil kerja Umno BN. Kos melambung, kualiti teruk,” katanya.
Sumber:KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment