Friday, February 22, 2013

Orang Ini Menghina Nabi Lagi!





Pelukis Sweden Hina Rasulullah
STOCKHOLM - Pelukis Sweden yang pernah menerima ancaman bunuh selepas menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai anjing, mendedahkan akan mempamerkan lukisan baharu tentang Nabi Muhammad dalam satu pameran di bandar Malmoe, Julai ini.

"Adalah penting untuk meneruskannya kerana jika anda tunduk kepada ancaman itu dan beralah, anda meninggalkan asas-asas demokrasi," dakwa Lars Vilks (gambar).

Pelukis itu berdepan dengan beberapa ancaman bunuh sejak lukisannya yang memaparkan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing disiarkan buat pertama kalinya di akhbar harian Sweden, Nerikes Allehanda pada 2007.

Vilks mendakwa, lukisan baharu itu akan terus menggambarkan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing.

Katanya, adalah sukar untuk menilai sama ada pameran yang akan diadakan di galeri bandar ketiga terbesar di Sweden ini akan mencetuskan lebih banyak bantahan atau ancaman.

Dengan satu pertiga daripada penduduk Malmoe lahir di luar Sweden, bandar itu menjadi tumpuan perdebatan tentang imigran.

Pusat Islam di bandar itu menganggarkan terdapat kira-kira 100,000 penduduk yang beragama Islam di kawasan itu. – AFP

--------------------

Sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. dengan menyebut kekurangan pada dirinya, keturunannya, agamanya, gerak-gerinya, ataupun membuat keraguan dengan sesuatu dengan niat tujuan untuk menghina dan mencela Baginda s.a.w. atau memperkecilkan segala urusannya, merendah-rendahkan Rasulullah s.aw., maka hukumnya adalah dibunuh. Demikian juga sesiapa yang melaknat atau mendoakan sesuatu keburukan ke atas Rasulullah s.a.w. atau bercita-cita untuk memberi kemudaratn ke atasnya atau menyebut sesuatu yang tidak layak baginya untuk mengeji dirinya, maka para ulama dan ahli fatwa dari kalangan Sahabat Baginda s.aw. telah bersepakat supaya mereka ini dijatuhkan hukuman bunuh. Berkata Abu Bakar bin al-Mundhir yang bermaksud:

Telah bersepakat ahli ilmu bahawa sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. akan dibunuh.

No comments:

Post a Comment