Hanya berlaku di Vienna
Nak tengok pameran bogel kenalah berbogel sama.. barulah sama
Mat Saleh kata bogel itu seni... seni itu indah
Tapi jangan buat hal kat Malaysia ni...
Adat ketimuran ada kesantunannya
Tentu SENInya berbeza dan mungkin ketara
Antara burung kedidi dengan burung helang misalnya...
Kah..kah..kah..
------------
Borbogel saksi pameran bogel
VIENNA, Austria - Para
pengunjung satu pameran di Austria hanya dibenarkan memakai stokin dan kasut
untuk menyaksikan pameran Nude Men from 1800 to Today.
Diadakan di Muzium Leopold
dan menampilkan 300 lukisan, gambar fotografi serta patung lelaki bogel sejak
dari tahun 1800, pameran tersebut disaksikan oleh sekitar 60 pencinta seni
kelmarin.
"Saya agak
gemuruh," kata seorang pekerja pejabat, Herbert Korvas semasa menunggu
untuk masuk ke dewan pameran itu bersama beberapa pemuda lain.
Dia dan beberapa pengunjung
lain hanya memakai stoking dan kasut. Walaupun kesejukan, Korvas memberitahu,
dia tertarik untuk menyaksikan pameran bogel itu kerana ia menawarkan sesuatu
yang berbeza.
Tidak lama selepas itu,
situasi kembali normal apabila para pengunjung berbual dan bertukar-tukar
fikiran sambil menyaksikan koleksi tersebut.
Pameran unik itu berjaya
menarik lebih 100,000 pengunjung setakat ini. – AGENSI
Ini pun seni juga...
Yang ini pun juga...
No comments:
Post a Comment