Tuesday, February 26, 2013

Petua Membuatkan Isteri Anda Semakin Sayang




Petua Untuk Membuatkan Isteri Semakin Sayang

1. Isteri akan mula pandang serong atau mula berjauhan dengan anda jika anda tidak mampu untuk jadi pendengar yang setia. Wanita memang sentiasa suka cakap banyak. Ada sahaja cerita yang mereka ingin sampaikan samaada mengenai hal keluarga, kerja atau hal peribadi. Jika anda tidak dengar, dia akan rasa anda tidak sayang atau tidak diberi perhatian padanya. Apabila anda khusyuk mendengar, dia akan sayang pada anda dan anda juga akan sentiasa bermain dalam fikirannya.

2. Jangan biarkan isteri anda seorang sahaja yang mendidik anak-anak anda. Anda juga perlu turut serta dan rapat dengan semua anak. Isteri anda sebenarnya tidak mampu untuk mendidik anak seorang diri. Jika anda lepas tangan, dia akan rasa sangat kecewa. Isteri anda pasti cintakan anda. Jadi, dia mahu anda mendidik anak-anak yang terhasil dari hubungan cinta anda berdua.

3. Isteri akan tersenyum lebar jika apa yang dia lakukan mendapat perhatian daripada anda. Apa salahnya, ketika anda melihat isteri anda mengemas rumah, anda pergi pada dia, peluk dan cium sebagai tanda terima kasih atas usahanya. Selain itu, sentiasa hamburkan kata-kata pujian untuknya supaya dia tahu anda sangat menghargainya sebagai isteri anda.

No comments:

Post a Comment