Petua
Tradisional Untuk Mencerah dan
Menghaluskan Kulit
Pilihan 1:
Ambil sebiji timun dan buangkan kulitnya dan blendkan. Selepas itu, tapiskan hasil ‘blend’ tersebut dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 30 minit supaya ia dapat meresap jauh ke dalam kulit. Seelok-eloknya dilakukan sebelum tidur.

Pilihan 2:
Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak 2 sudu. Semasa ia masih suam, lumurkan pada muka. Tunggu sehingga muka anda kering dan kemudian bilas.

Pilihan 3:
Ambil sebiji kentang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan dengan kuning telur dan lumurkan pada muka anda. Tunggu sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.

Pilihan 4:
Ambil segenggam daun bayam dan bersihkannya dahulu. Tumbuk kesemua daun bayam itu sehingga lumat dan halus. Selepas itu, campurkan kuning telur, madu dan air mawar bersama dengan daun bayam yang telah ditumbuk halus. Gaulkan kesemua bahan itu hingga rata. Ia bertujuan menjadikannya sebagai topeng muka (masker). Seterusnya, sapukan masker tersebut ke muka anda. Biarkannya di muka anda hingga kering. Akhir sekali, cucilah muka anda dengan air bersih. Anda perlu mengamalkan petua ini hanya sekali dalam seminggu. Jika anda rajin mengamalkannya, kulit muka anda pasti lebih halus dan licin kelak.

No comments:
Post a Comment