Dua siswa dan dua siswi dari kumpulan Gerakan Mahasiwa
PRU-13 diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4, dalam Parlimen
Pekan, pagi tadi.
Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat
‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda
berkenaan pada jam 11 pagi.
Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin berkata,
kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan parang ke arah
mereka.
Menurut Safwan, kumpulan tersebut turut mengeluarkan
kata-kata kesat serta mengarahkan beliau dan tiga lagi rakannya supaya keluar
dari tempat kejadian.
“Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda
bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat)
yang kami bawa,” kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.
“Kami beredar balik ke rumah penunjukkan arah yang
terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku,” katanya dipetik.
Ekoran itu, Safwan membuat laporan di Balai Polis
Chini tengahari tadi.
Ini serangan kedua selepas mahasiswa turun berkempen di
kawasan Parlimen Datuk Seri Najib Razak itu.
Bukti Najib takut
mahasiswa
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam
Zaman Huri berkata, insiden ini bukti Najib goyah dan takut keputusan mahasiswa
untuk melawan beliau pada pilihan raya umum (PRU).
“Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib
selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat nasional,
tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di kawasan sendiri,” kata Azmizam
dalam kenyataannya.
Menurut Azmizam, insiden serangan ke atas mahasiswa itu
juga simbol kelemahan pentadbiran Najib yang semakin ditolak rakyat.
“Najib sebagai Ketua Umno Bahagian Pekan juga gagal
melakukan transformasi terhadap ahli parti di tempat sendiri. Ini jelas
menunjukkan kelemahan pentadbiran beliau,” katanya.
“AMK Selangor percaya jika kawasan Parlimen yang diwakili
Perdana Menteri sendiri tidak selamat untuk satu kempen demokrasi yang bebas,
apakah nasib individu atau kumpulan lain yang cuba menjual idea dan hujah
terutama ketika bahang PRU 13 semakin hampir,” kata beliau.
Ekoran itu, beliau menuntut Perdana Menteri mohon maaf
dan bertanggungjawab atas keganasan tersebut.
Semalam, tiga mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung
Datuk Keramat, Ganchong, Pekan.
Ehsan Salah seorang siswa itu, Ekhsan Bukhari, bekas
Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi).
Kumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di
kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1
petang itu.
Mereka dihalang ketika mengedarkan surat yang sama kepada
pengundi di kampung berkenaan.
Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan berhubung
serangan itu.
Dalam kejadian itu, mereka mendakwa kereta yang mereka
naiki disekat, kemudian diminta kad pengenalan.
Selepas itu, mereka ditarik dari kereta dan ditumbuk
serta dibelasah oleh samseng berkenaan.
Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk
mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di
kawasan yang diwakili Perdana Menteri itu. - KeadilanDaily.
No comments:
Post a Comment