Iklim suasana politik di Malaysia ini agak aneh sikit jika hendak dibandingkan dengan negara luar, kerana budaya cantas-mencantas, fitnah-memfitnah serta membuka dan menyebarkan keaiban orang lain sudah menjadi pokok utama dalam usaha mendekati sesuatu kelompok. Maka benarlah apa yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul
Ridzuan, Raja Nazrin Shah. Ikuti sedutan dari pengamatan Baginda...
“Pendekatan
bercorak memusnahkan lawan telah meningkatkan suhu politik, menanti waktu untuk
meluapkan lava panas kemarahan. Perseteruan dan sifat berdendam kesumat semakin
menyerap di antara satu sama lain.
Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu. Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa. Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber. Dibimbangkan, pada akhirnya nanti, tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai. Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu.
Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal. Telah muncul kumpulan pengacau; dari kalangan anak muda, berlagak samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang. Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera negara. Toleransi kepada budaya gengsterisme adalah satu permulaan budaya yang amat tidak sihat, sangat bercanggah dengan semangat demokrasi, sangat bertentangan dengan sifat bangsa yang bertamadun dan anti tesis kepada budaya negara maju. Anak muda jangan dididik bersifat samseng. Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas.

Memperkenalkan
dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu kesilapan besar, ia bakal
mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan mungkar yang tidak mendapat keberkatan
dan keredaan ILAHI, ia berpotensi menjadi bumerang yang bakal memakan diri
sendiri.” - Raja Nazrin Shah.
Posting ini aku dapat dari blog anak sungai derhaka. apa katanya...
Semingu dua kebelakangan ini heboh Blog macai-macai UMNO
memainkan isu yang entah dari mana datangnya kononnya Timbalan Mursyidul Am
PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz akan keluar dari PAS..
Kurang pasti pulak aku dari mana datangnya sumber berita
tentang perkara tersebut yang diperoleh oleh macai-macai UMNO itu..
Kat bawah ni adalah antara beberapa blog yang
menyiarkan isu tersebut..
Ini pula sebahagian dari cerita rekaan mereka..
Menurut
sumber, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan Ketua Dewan
Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, kini dikatakan sedang berada di dalam tertekan dan
rungsing sehingga mereka enggan bercakap dengan ramai pemimpin PAS seperti
biasa.
Katanya,
setelah dirisik-risik beberapa temannya yang rapat, maka pecahlah rahsia
tentang perlakuan dua tokoh golongan ulama PAS itu yang sebenarnya sangat
marah, kecewa dan geram terhadap keputusan PAS yang sekali lagi “tunduk” kepada
kehendak DAP.
Malah
lebih meningkatkan tahap kemarahan mereka, isu kali ini melibatkan kepentingan
Islam yang dicabar dan soal aqidah umat Islam yang dipandang remeh oleh
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz
Nik Mat.
Khabarnya,
Harun Din sudah renggang dengan majoriti pemimpin PAS. Dan apa yang
mengejutkan, beliau dikatakan sedang berura-ura untuk meninggalkan PAS buat
selamanya dan menumpukan diri pada aktiviti-aktiviti dakwah serta perubatan
Islam.
Mungkin
terlalu kecewa dengan PAS yang sudah berubah 360 darjah dari perjuangan asal,
Harun Din yang mendokong parti itu sejak 1974 itu dikatakan bakal mengambil
tindakan keluar parti sebagai tanda protes dan menggunakan alasan “dakwah”
kepada pihak umum.
Benarkah apa yang dilaporkan oleh macai-macai UMNO itu
atau sekadar satu lagi fitnah oleh mereka bagi menghasilkan persepsi negatif
terhadap PAS?
Video yang telah dirakam pada hari Jumaat 15 febuari
2013, di Masjid Kg Banggol Peradung Kuala Terengganu ini memberikan
jawapannya...
Saksikan!!.. volume sila adjust to maximum.. macai-macai
UMNO sila dengar betul-betul apa kata Ustaz Haron Din pada minit ke 14:50
No comments:
Post a Comment