Haa! Bala sudah
mari...
Itulah akibat tindakan
yang tak berapa nak cerdik..
Ekoran tersebarnya
video lakonan lagaknya sebagai orang politik..
Itulah risiko yang
dihadapi oleh Orang Politik...
Banyak pula musuhnya,
walaupun tidak dicari..
Begitulah juga, ambil iktibar pada...
PENIAGA dan SELEBRITI,
kenalah berkecuali menunjukkan sokongan politik, jangan nak terover sangat (sokong dalam diam pun boleyy)
nanti semua orang akan lari...
**********************
Salih Yaacob umum bersara
selepas dikritik hebat
KUALA
LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal,
Salih
Yaacob (gambar) mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari
dunia hiburan.
Pengumuman
itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong
politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang
dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.
"Saya sangat kecewa
dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil
keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal
kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak
pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia
semalam.
Dalam
video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang
pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Dalam
dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan
Rakyat kononnya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.
Kesannya,
Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk
diboikot.
Harakahdaily
sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan
peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.
Boleh
dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima
komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob
sendiri.
Isu
kritikan dan boikot ini bukan kali pertama, malah sebuah rangkaian restoran
ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka
menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S
Datuk Ambiga Sreenevasan.
No comments:
Post a Comment