Batu Pahat: Sambil tangan dan
kakinya diikat, mulut pula disumbat kain, seorang ibu hanya mampu menahan pilu
melihat anak gadisnya dirogol penyamun yang menceroboh rumah mereka di sebuah
kampung di Sri Gading, di sini kelmarin.
Kejadian jam 3.30 pagi ketika
wanita berusia 59 tahun itu tidur di ruang tamu kediaman berkenaan bersama anak
bongsunya berusia 27 tahun apabila mereka dikejutkan dua lelaki bersenjatakan
parang dan pisau.
Diseret 10 meter
Penjenayah kemudian mengikat
kaki dan tangan wanita terbabit, manakala mulutnya disumbat kain. Suspek turut
mengancam menyembelih mangsa jika enggan menyerahkan wang serta barangan
berharga, menyebabkan wanita itu menyerahkan wang simpanannya RM200.
Kedua-dua lelaki terbabit
kemudian mengheret wanita itu dan anak gadisnya sejauh kira-kira 10 meter ke
semak di kawasan kebun sawit di belakang rumah sebelum memisahkan dua beranak
berkenaan pada jarak empat meter.
Ketika di kawasan semak itu,
wanita berkenaan melihat seorang daripada suspek bergelut dengan anaknya selama
10 minit sebelum kedua-dua penjenayah itu masuk semula ke dalam rumah
dipercayai untuk mencari lain-lain barangan berharga.
Mangsa berjaya melepaskan
ikatan tidak lama kemudian lalu bergegas mendapatkan anaknya sebelum mereka ke
rumah jiran tidak jauh dari situ. Gadis terbabit yang juga graduan sebuah
universiti tempatan tetapi masih menganggur dirujuk ke Hospital Sultanah Nora
Ismail (HSNI), di sini untuk pemeriksaan yang kemudian mendapati dia dirogol.
Tubuh pasukan khas
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata pihaknya menubuhkan
pasukan khas bagi menyiasat serta memburu suspek kes samun dan rogol itu yang
dipercayai warga tempatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Parit Raja, Datuk Aziz Kaprawi yang melawat keluarga berkenaan, berkata
pihaknya akan menghulurkan bantuan termasuk memohon rumah baru yang lebih
selamat bagi menggantikan rumah usang didiami dua beranak itu yang sebenarnya
sudah dalam senarai untuk dibaik pulih.
No comments:
Post a Comment