‘Dia
hilang ingatan’
“Jangan salahkan Fizz dalam hal
ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan."
Kuala
Lumpur:
“Saya
cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan
hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34,
yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.
Itu
permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas
kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga
mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.
Muka depan
Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang
wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka
bertunang di Kuantan, Pahang.
Azlyn Massiela |
Namun,
empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri
orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan
hubungannya, Ahad lalu.
Ramli
berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang
diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun
lalu.
“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia
kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta
keluarganya (keluarga isteri kedua).
“Namun
tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz,
sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu
di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.
Sumber
memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan
mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.
Menurut
Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas
bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.
“Biarpun
sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta
kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam
sebulan.
Fizz Fairuz |
Menceritakan
percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit
miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar
bersama.
“Saya
tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka,
dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan
diatur,” katanya.
Kata
Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana
isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.
Menurutnya,
wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak
didaftarkan.
No comments:
Post a Comment