Monday, February 25, 2013

Awas Perangkap Siber

Nampak macam sedap jer..

Dunia siber yang tiada sempadan
Apapun terpulang kepada individu itu sendiri
Samada bertujuan baik atau sebaliknya...
Awas jangan sampai terjerat!



Tiru Awang Hitam

Taktik awang Afrika menipu wanita menggunakan Internet untuk mendapatkan wang ditiru seorang lelaki tempatan, namun tindakannya terlebih berani apabila sanggup berjumpa dan meniduri sebahagian mangsa menyebabkan ada mangsa berpakat lalu mewujudkan blog khas bagi mendedahkan salah lakunya.

Dipercayai aktif memerangkap mangsa melalui laman sosial Facebook (FB) sejak lebih dua tahun lalu, setakat ini sekurang-kurangnya lima wanita dikesan ditipu membabitkan kerugian hampir RM10,000 dan dua daripadanya pernah ditiduri lelaki berusia 29 tahun itu.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Rina, 20-an, berkata selain bijak menutur ayat yang boleh mencairkan perasaan wanita, lelaki terbabit licik menipu dengan menyamar dirinya memegang jawatan hebat, antaranya pensyarah universiti awam bergelar profesor.

“Saya berkenalan dengannya di FB awal Januari lalu. Terpedaya dengan ayat manis dituturkannya, saya sanggup menyerahkan lebih RM7,000 meskipun kami baru bercinta kira-kira dua minggu,” katanya yang membuat laporan polis selepas berasa ditipu.

Rina yang berkhidmat sebagai penjawat awam di selatan tanah air berkata, lelaki itu yang dinamakannya sebagai Iskandar mempunyai raut muka baik dan sering bercakap hal agama.

 

No comments:

Post a Comment