Petua
Untuk Memikat Orang Lelaki
Khas Untuk
Wanita Yang Masih Belum Ada Jodoh
20 Tips
bagaimana lelaki akan ‘cair’ dengan anda. Lelaki akan memandang anda
sekurang-kurang dua kali selepas bertemu dengan anda. (untuk memastikan anda
selamat seadanya)...
1.
Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan
mereka.
2. Pandai
memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3.
Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur
dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan
apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6.
Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7.
Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai
dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki
yang anda minati.
9. Jangan
terlalu mengongkong.
10. Ketika
berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui
seperti mata dan tangan.
11. Jaga
cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering
memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘plan’ pertama memikat
dirinya.
13. Lelaki
sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14.
Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya dan
tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa
anda boleh didekati tetapi bukan bererti anda perempuan murahan dan mudah
didekati.
15. Jangan
bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak
menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak
mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta
pertolongan dari orang lain.
18. Jangan
suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan
bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali.
20.Rajin
Solat dan baca Al-Quran.
No comments:
Post a Comment