Najib mahu elak jadi PM terakhir ikut ramalan
“Rahman”
KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak bakal mencipta rekodnya bagi mengelak menjadi
Perdana Menteri UMNO/Barisan Nasional (BN) terakhir yang memenuhi ramalan
“Rahman”.
Ketua
Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, rekod yang dicapai Najib ialah menjadi
Perdana Menteri paling lama tanpa mendapat mandat rakyat, penggal Parlimen
paling lama dan dalam dua minggu ini ulang tahun “tsunami politik” 8 Mac 2008
serta Parlimen berkhidmat dalam tempoh penuh lima tahun yang tidak pernah
terjadi sebelum ini dalam sejarah Parlimen Malaysia.
Katanya,
Najib sudah mencapai tiga rekod dan mengelak daripada mencipta rekod keempat
memenuhi ramalan RAHMAN sebagai Perdana Menteri UMNO terakhir di Malaysia.
“Kemungkinan
beliau memenuhi ramalan RAHMAN yang menghantui Najib dan menyebabkan PRU-13
ditangguh sepanjang dua tahun lalu, termasuk yang terbaru untuk membubarkan
Parlimen pada 22 Februari.
“Watak
Hamlet Najib “To Be Or Not To Be” amat luar biasa mengambilkira gambaran hebat
yang dipaparkan propagandis UMNO/BN bukan sahaja mengenai kesediaan tetapi
keyakinan UMNO/BN akan cemerlang pada PRU-13,” katanya dalam kenyataan media
Pengiraan Detik 48 Hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang
yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Parlimen sepatutnya dibubarkan
semalam bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dengan
pencalonan pada 16 Mac dan pengundian pada 30 Mac.
Bagaimanapun,
katanya, disebabkan kesilapan demi kesilapan yang terjadi, Najib kurang yakin
dengan persediaan PRU-13 dan kemampuan untuk melepasi cabaran mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Januari lalu.
“22
Februari sudah berlalu tanpa pembubaran Parlimen, dengan spekulasi tarikh
pembubaran dianjak antara 15 dan 21 Mac dengan tarikh pembuangan undi pada
minggu pertama atau kedua April (dijangkakan pada minggu kedua supaya ramai
pengundi Cina di negeri lain tidak dapat membuang undi kerana mereka dijangka
tidak pulang ke kampung sekali lagi selepas pulang minggu sebelumnya bagi
menyambut perayaan Qing Ming yang akan diadakan pada 5 April).
“Saya
dimaklumkan pertama kali mengenai pembubaran Parlimen pada 22 Februari selepas
mesyuarat peringkat tertinggi strategis politik Perdana Menteri di Putrajaya
pada hari yang sama, dan lima minggu selepas itu, ia menjadi tarikh yang terus
dispekulasikan sebagai tarikh paling “hangat” untuk pembubaran Parlimen
PRU-13,” katanya.
Menurut
Kit Siang, pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 mantan Perdana
Menteri paling lama serta menjadi kuasa sebenar di belakang takhta UMNO secara
terbuka merumuskan “ujian Mahathir” untuk Najib pada PRU-13 iaitu tidak cukup
bagus untuk Najib sekadar menang dan sepatutnya melepaskan jawatan dan memberi
laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika UMNO/BN
tidak memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Bintang
Korea K-Pop yang diharap menjadi “senjata rahsia” untuk PRU-13, sekarang
“membunuh” niat Najib membubarkan Parlimen pada 22 Februari kerana pelbagai
bencana politik dan perhubungan awam daripada jemputan bernilai RM3.5 juta
untuk persembahan Psy dan Gangnam Style di Pulau Pinang pada 11 Februari lalu.
“Banyak
bencana, termasuk “3 Ya untuk Psy, 3 Tidak untuk BN”, kemelut lima minit “gaul
yee sang”, Psy menolak untuk menari Gangnam 1Malaysia Style dengan Najib,
Rosmah dan Ng Yen Yen serta dakwaan terdapat ancaman bunuh untuk Psy dan Najib
yang tidak masuk akal,” katanya.
Beliau
berkata, sebenarnya, daripada semua negeri di Semenanjung, Najib paling risau
mengenai Johor yang memenangkan hanya 24 Ahli Parlimen atau 30% daripada semua
85 Ahli Parlimen BN pada PRU 2008.
“Ini
sebabnya Johor, bersama Sabah dan Sarawak, dianggap negeri “deposit tetap”
UMNO/BN dan siapa yang akan menjadi “dalang” negeri yang akan dapat menentukan
siapa berjaya menawan Putrajaya.
“Pada
pilihan raya umum 2008, Johor kekal menjadi kubu kuat UMNO/BN walaupun calon
UMNO/BN kalah teruk di Sepenanjung, hampir kalah semua di Kelantan kecuali Gua
Musang dan Jeli, MCA dan Gerakan kalah sepenuhnya di Pulau Pinang dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur; dan MCA kalah sepenuhnya di Selangor kecuali Pandan
(Ong Tee Keat)
“Pada
Pilihan Raya Umum 2008, pemimpin UMNO/BN sangat angkuh dan bongkak
mengisytiharkan Johor, Selangor dan Melaka akan menjadi negeri “pembangkang
sifar”.
.
Pada
PRU-12, BN terlepas di Selangor kepada Pakatan Rakyat dengan memenangi hanya 20
daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri; tewas lima daripada 28 kerusi Dewan
Undangan Negeri di Melaka sementara Pakatan Rakyat memenangi enam daripada 56
kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor.
“Pemimpin
UMNO/BN sekali lagi bercakap mengenai “pembangkang sifar” di Johor pada PRU-13,
sepertimana pada PRU 1995 dan 1999, dan “pembangkang sifar” menjadi kenyataan
pada PRU 2004.
“Sama ada
Johor akan kembali menjadi negeri “sifar pembangkang” akan ditentukan oleh
pengundi Johor, bukannya pemimpin UMNO/BN, negeri atau negara,bukan juga oleh
Najib atau Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment