Tuesday, February 19, 2013

Siapa Nak Bunuh PSY???





Polis akui terima SMS ugutan bunuh PSY
TASEK GELUGOR - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengakui wujud ugutan jenayah terhadap penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang  atau Psy ketika hadir ke negeri ini minggu lepas.

Ugutan bunuh diterima melalui SMS oleh pengurusnya,  Dan menjadi penyebab penyanyi itu tidak hadir bersama pemimpin Barisan Nasional dalam acara ‘yee sang’ pada Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

SMS itu berbunyi: 'We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Thank You”.

“SMS itu dipanjangkan kepada kita pada jam 8.30 malam 10 Februari lalu sehari sebelum kedatangan Psy ke negeri ini dan kita mengambil tindakan segera dengan meletakkan 11 pegawai untuk mengawasi keselamatan dirinya sepanjang berada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai pengesahan wujudnya ugutan bunuh itu sepertimana yang didakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Ketua Menteri, Lim Guang Eng dan menganggap ia kenyataan berbaur politik dan boleh mencetus polemik kerana menggambarkan negeri ini tidak selamat dikunjungi. - SH

-----------------

Betul ke Berita neh..
Sahih ke Berita neh..

Ok Kita panggil Inspektor Conan (katun jepun) kita tolong siasat sikit tolong encik polis tu..

Inspektor Conan pun memulakan siasatan katunnya dan berkata...
"Ok Sape tahu No. Telefon Madonna?"

"Tak tahu? Sebab ape tak tahu?" Tanya Conan.

"Sebab dia tu Superstar! apahal pulak die nak  bagi No. Tel die tak tentu pasal...kecualilah nak jemput die nyanyi pulak lepas neh!". Kata kawan Conan.
 
"Betul tu! Cara Logiknya..orang yang berurusan dengan Madonna saja yang tahu Contack No dia" Kata Conan dengan confidentnya.

"Bagi kes Psy ni, Ade ke Psy kata ada orang nak bunoh dia dari website ke, Twitter ke, dan satu lagi ada ke Psy lapor polis?" Tanya Conan.

"Tak ade pulak dengar". Kata kawan Conan yang boroi itu.

"Jangan main2. Ini kes berat ni, Habis tu,sape bawak cerita ni" Tanya Conan.

Kawan Conan menyampuk lagi... "Apek kat atas tu!"

"Tak sangka la kau Boroi... bukan saja kuat makan, tapi otak kau geliga lah, Boleh buat batu cincin!" Puji Conan.

"Kau kena belanja aku cendol tapai lepas ni" Kata Boroi.

"Bukan saja cendol tapai... dengan Yee Sang sekali aku belanja"  Balas Conan.

Kah...Kah..Kah.. Bergoncang perut yang boroi itu bila dia ketawa.

No comments:

Post a Comment