PETALING
JAYA: Hasrat pelakon Fizz Fairuz yang ingin menghilangkan kekusutan berhubung
isu pertunangannya dengan isteri orang menjadi bertambah parah apabila timbul
pula isu lain yang turut berkait.
Fizz
atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, yang bertunang dengan Azlyn
Maissiela Mohd Nazar, 26, pada 10 Februari lalu terpaksa memutuskan pertunangan
selepas mendakwa wanita itu sebenarnya isteri orang.
Malah
dalam laporan akhbar Harian Metro pada Rabu Fizz mendakwa dia mungkin terkena
buatan orang selain kesal dengan pertunangan yang tergesa-gesa itu,.
Individu
yang mendakwa suami kepada wanita tersebut dalam akhbar yang sama pada Khamis
mendakwa Azlyn sedang ‘sakit’ selain mendedahkan dia dan wanita itu sudah
bernikah di Thailand sebagai isteri keduanya tanpa mendaftarkan perkahwinan itu
di negara ini.
Malangnya
menerusi akhbar Berita Harianpada Khamis, wanita berkenaan yang berasa malu
dengan tuduhan berkenaan tampil “melondehkan” segala-galanya mengenai
hubungannya dengan Fizz selama ini selepas keburukan dia dihebohkan oleh Fizz.
Azlyn
yang mendakwa masih bujang mendakwa telah mengenali Fizz sejak lima tahun lalu
tetapi menjalinkan hubungan secara serius bermula setahun yang lepas.
Pendedahan
Azlyn itu secara tidak langsung memberi gambaran Fizz Fairuz telah bermain kayu
tiga – iaitu mengaku bercinta dengan Almy Nadia tetapi dalam masa yang sama
menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Apakah
kesudahan cinta Fizz dan Almy Nadia?
“Work
smart” yang dilakukan oleh Fizz tidak menjadi apabila gambar pertunangan dia
dengan Azlyn didedahkan oleh media.
Jika
pendedahan itu tidak dibuat media, sehingga ke hari inilah kontroversi
tersembunyi ini tidak akan diketahui.
Sebagaimana
didedahkan Azlyn, pelakon lelaki ini dilihat mempunyai banyak masa untuk
menjalinkan pertemuan bagi mengeratkan perasaan cinta mereka.
Tetapi,
dalam hal ini wanita yang seolah-olah paling teruk terkena permainan Fizz
adalah Almy Nadia kerana dia benar-benar terpedaya.
Pendedahan
Azlyn juga memperlihatkan Fizz selama ini kurang menyenangi Almy Nadia walaupun
dia tidak pernah meluahkan hasrat secara terbuka meninggalkan pelakon wanita
itu.
Apa-apa
pun ‘drama’ lakonan Fizz ini telah terbongkar dan secara tidak langsung mencalarkan
reputasinya sendiri kerana dialah yang mencari masalah tanpa berjaya menyusun
strategi dengan baik.
Seperti
biasa, apabila keadaan semakin meruncing, Fizz menyalahkan “bomoh” kononnya apa
yang terjadi ini adalah ada unsur-unsur penggunaan ilmu hitam.
Sehingga
ke hari ini, Fizz cuba melarikan diri, telefon tidak berangkat malah
rakan-rakannya juga mengunci mulut untuk tidak mendedahkan di manakah dia
berada.
Fizz
sudah tersepit bersama masalah akibat padah yang dicari sendiri.
Larilah
Fizz selagi mampu kerana di depan sana lagi banyak lubang-lubang besar yang
menunggu.
[Sumber]
No comments:
Post a Comment