KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengaku
dia adalah dalang di sebalik penyebaran video lucah yang cuba mengaitkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rahim hadir bersama seorang lagi ahli trio ‘Datuk T’- Shazryl Eskay
Abdullah.
Lelaki ketiga, Bendahari Agung Perkasa dan bekas Senator Dewan Negara,
Shuib Lazim tidak hadir pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa
itu.
Rahim Thamby Chik pada tahun 1994 didakwa terlibat melakukan seks dengan
budak perempuan berusia 14 tahun dan merupakan musuh politik Anwar dari dahulu
lagi.
Dalam Fitnah 1998, beliau adalah dalang di sebalik penulisan buku “50
Dalil..” yang membawa kepada fitnah pertama itu.
Anwar kelmarin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah lelaki dalam video
tersebut dan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi semalam.
Fitnah terbaru ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terkini untuk
menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam arena politik Malaysia.
No comments:
Post a Comment