Bila Bala sudah datang...
Untuk membuka surah yang berlipat
Pencerahan makrifat talam bermukanya dua
Skandal Altantuya: PI Bala pulang, sedia bekerjasama dengan Deepak
KUALA
LUMPUR 24 FEB: Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang menghilangkan
diri sejak 2009 dan pulang hari ini, sedia bekerjasama dengan Deepak Jaikishan
bagi merungkai misteri pembunuhan Altantuya Shariibuu walaupun mengakui
keberatan untuk berbuat demikian.
“Saya tak
bercadang kerjasama dengan orang lain. Tapi jika dia (Deepak) datang kepada
saya dan mahu bekerjasama, saya okay. Tapi, saya tak akan pergi kepadanya.
“Kerana SD
(akuan bersumpah) pertama adalah benar. Saya ada semua maklumat, saya tahu
semua,” katanya pada sidang media selepas mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi, apabila ditanya pemberita
mengenai kemungkinan itu.
Beliau tiba di KLIA kira-kira jam 6.30 petang tadi
dari Chennai, India selepas menghilangkan diri sejurus selepas membuat akuan
bersumpah kedua pada 4 Julai 2009.
Pada
sidang media itu, Bala turut bersumpah atas nama kitab suci Hindu, Bhagavad
Gita bahawa kandungan akuan bersumpah pertama benar manakala akuan bersumpah
kedua, palsu.
“Tiada
yang tidak benar melainkan benar belaka,” katanya sambil menjulang kitab itu,
sambil memohon maaf kerana membuat akuan bersumpah kedua hingga menimbulkan
masalah kepada banyak pihak.
“Minta
maaf kerana buat akuan bersumpah kedua. Minta maaf atas segala masalah yang
timbul. Ia tidak benar,” katanya.
Ditanya
mengenai Flora Ong, wanita yang dinamakan Deepak sebagai memiliki hubungan
rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan membolot kontrak lumayan serta hampir
mengalami ‘nasib sama’ dengan Altantuya, ia tidak dijawab Bala, sebaliknya R Sivarasa mencelah.
Ahli
Parlimen Subang itu berkata: “Lebih baik ditanya kepada Deepak. Tak perlu tanya
Bala. Flora adalah urusan Deepak.”
Bala
kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menanti kepulangannya dan
tidak menjangka menerima sambutan demikian di KLIA.
“Terima
kasih semua. Saya tidak sangka terima sambutan sebegini. Saya sangat gembira,”
katanya yang kelihatan sedikit sebak.
Ketibaannya
disambut lebih 60 orang, antaranya Naib
Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan peguam,
Americk Sidhu.
Sementara
itu, Badrul Hisham berkata, SAMM akan mengadakan sidang media bersama Bala pada
jam 8 malam pada 27 Februari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan
Selangor.
“Ia pentas
pertama penampilan Bala untuk bercakap di hadapan rakyat Malaysia,” katanya.
-keadilandaily
No comments:
Post a Comment